Isnin, November 15, 2010

Ana Boleh Berlari

Dah dua minggu ana tak berlari waktu pagi. Memang sejak dua minggu lalu ana kurang sihat. Demam, batuk dan selsema. Sejak itu jugalah ana ...
tak berjogging, tidak ke rumah ayah dan jarang ke masjid kecuali solat jumaat. Memang benarlah, kita kena jaga 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Antaranya ialah 3'S iaitu Sihat Sebelum Sakit.

Sebenarnya, demam, batuk dan selsema itu bukanlah penyakit. Jadi kita jangan risau sangat. Ia merupakan simtom penyakit.  Ia adalah untuk membuang toksid dan kekotoran dalam badan. Ia juga menandakan badan kita kekurangan oksigen. Oleh itu kita perlulah minum air dengan lebih banyak. Pada waktu sihat, kita perlukan sekurang-kurangnya  8 gelas sehari. Jadi apabila demam, batuk dan selsema kita perlulah minum sekurang-kurangnya 16 gelas sehari. Tanpa ais. Pastikan suhu badan akan turun. Banyakkan mandi. Jirus dari kaki dahulu, naik ke atas hingga ke kepala. Jangan siram terus ke kepala. Kelak akan memudaratkan diri anda. Jika boleh, minumlah air Annusyrah, atau air tilawah al-Quran kerana al-Quran itu adalah sebaik-baik penawar. Selain daripada minum, air tersebut boleh juga digunakan untuk mandi dan sapu. Amalkan 5 kali sehari. Ini adalah cara ana. Jika anda tak mampu untuk melakukannya, segeralah berjumpa doktor atau pengamal perubatan lain. 

Alhamdulillah. Hari ini Ana Boleh Berlari semula. Semakin segar dan semakin sihat. Berlari di atas padang bola, tanpa kasut, tanpa handphone dan tanpa wang. Berkarpetkan rumput, berbilaskan embun, berbumbungkan langit, berlampukan matahari, beriramakan kicauan burung dan bermandikan peluh. Subhanallah! Maha Suci Allah. Sesungguhnya tidak Engkau jadikan alam ini sia-sia kepada hamba-hambaMu yang berfikir dan bersyukur. Terfikir ana, bagaimanakah saudara-saudara kita yang sakit bertahun-tahun, yang separa sedar dan tak sedar, yang lumpuh dan yang hilang upaya.... begitu tabah mereka menerima ujianMu. Ya Allah, berilah kesembuhan kepada mereka supaya mereka boleh mengabdikan diri kepadaMu dengan lebih tenang dan khusyuk. Supaya mereka akan terus bersyukur dan sujud kepadaMu....

Tiada ulasan: