Selasa, Disember 28, 2010

3 Anak Berkhatan

Semalam merupakan hari paling bersejarah dalam hidup 3 anak lelaki ana. Seawal jam 7.00 pagi ana dah kejutkan mereka daripada tidur. Mandi air sejuk bercampur dengan air bacaan Rukyah. Kemudian
diberi makan penawar homeopati sebelum berkhatan. Malam semalam, satu majlis bacaan Yasiin, tahlil dan doa selamat diadakan.

Begitulah usaha kita sebagai seorang mukmin. Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jam 8.15 kami pun bertolak ke Klinik Swasta. Jam 8.30 pagi mereka diberi minum ubat tahan sakit dan disuruh buang air kecil.Tak lama kemudian, doktor pun sampai. Kami pun bersalaman dengan doktor. Sempat juga Dr S bersenda dengan mereka. "Siapa nak sunat dulu, abang ke adik?" tanya Dr S. Muhammad pun jawab, "Yang kecil dulu. Saya kemudian." "Mana boleh! Abang la dulu" kat Dr S lagi. "Kami dah bincang. Isa dulu. Kemudian saya dan yang last Muhammad" kata Musa.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Sekarang mereka bercuti dan berehat di rumah. Minggu depan sekolah akan dibuka. Sempat ke sembuh..... kita jumpa lagi.

Tiada ulasan: