Rabu, Oktober 13, 2010

Mahir Al-Quran Mahir IT

Pagi tadi, selepas hantar 5 orang anak ke sekolah, ana pun pergilah berjoging. Memang dah menjadi amalan ana, apabila berjoging, ana akan tinggalkan handphone dan duit dalam kereta. Berkaki ayam...
berjalan biasa dan berlari anak di padang bola di stadium Sg Besar. Berlantaikan bumi, beralaskan rumput, berbumbungkan langit dan berlampukan matahari. Ana tak mahu joging ana diganggu oleh panggilan-panggilan tersebut. Ana juga tak mahu membawa harta benda ketika berjoging. Hanya sehelai sepinggang... umpama pergi mengadap Ilahi.

Selepas joging, sempat juga ana singgah di pekan sehari, membeli ketupat nasi dan rendang kerang sebagai sarapan. Apabila tiba di rumah, ana tengok ada misscall daripada sahabat ana MZ. Ana pun callback lah. "Ha.. MZ ada apa call aku, rinduke?" tanya ana. "Hei PD, aku tengah bukak blog hang ni... aku nak tanya sikit. Macam mana hang buat blog tu? Hang upah orang ke, hang  buat sendiri?" tanya MZ. "Oohh! Aku buat sendirilah. Dulu pergi kursus buat blog anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia. Percuma. Lepas tu anak aku tunjukkan macam mana nak buat. Kemudian aku pun ubah suailah sikit-sikit. Mula-mula memangla tak tahu, tapi sekarang bolehla.. tak la cantik sangat. Yang penting aku dapat sampaikan mesej kepada masyarakat.  Tapi tak adalah nak link sana link sini. Tak tahu lagi. Ok tak blog tu?" jawab ana panjang lebar. "Oklah jugak. Simple. Menarik jugak. Hang ada masa ke nak buat semua tu?" tanya MZ. "Ala... pagi-pagi ana tengok ada email masuk tak. Lepas tu selang sehari ana buatlah cerita baru. satu, dua jam pun dah cukup." kata ana. Ana pun berceritalah cara-cara mudah nak buat blog secara percuma. Bagaiman nak membuat reka bentuk dan menghias blog. Ana pun bukanlah pandai sangat... tapi dah orang tanya, ana pun jawablah. Menyahut seruan sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat!

Nak tahu ke MZ tu siapa? Haa.. Mz ni sahabat lama ana sejak di kampus lagi.. era tahun 80an. Walaupun berlainan kursus, tapi kami agak rapat kerana kami satu usrah. Solat berjemaah bersama, makan bersama dan kadang-kadang pergi rehlah pun bersama. Kini MZ tinggal di Semenyeh. MZ dan isteri adalah pengusaha tadika dan taska sepenuh masa. Ada juga dia buat kelas mengajar al-Quran. "Kelas al-Quran hang jalan lagi ke?" tanya MZ menyambung perbualan kami. "Jalan. Ada kelas baru lagi. Kelas peringkat rendah, akulah yang ajar. Peringkat menengah dan lanjutan aku bagi ustaz lain ajar. Semua ustaz ada tauliah mengajar daripada JAIS, hafiz dan bersanad pula." jawab ana. MZ pun ceritalah yang dia nak buat kelas macam ana buat tapi susah nak dapat tenaga pengajar. Ana minta dia banyakkan berdoa dan teruskan usaha mengembangkan pengajian al-Quran ini..
Berbalik kepada kemahiran IT ini,  sebelum ana pergi kursus buat blog, nak buka dan hantar email pun ana tak tahu. Nak buka web pun tak tahu. Apa lagi nak buat blog. Pernah juga ana gajikan pekerja buatkan email dan laman web, tapi bila pekerja tu berhenti, terkuburlah di situ. Kalau nak guna juga, kenalah pergi ke CC. Sekali pergi kenalah RM2.00-3.00.  Kadang-kadang kena minta tolong kerani CC tu bukakan. Malu juga rasanya kerana tak tahu IT... Orang lain dah advanced. Ana kagum dengan guru ana yang hafiz tu, mahir al-Quran,  mahir IT.

Kini, ana berazam untuk tingkatkan kemahiran al-Quran dan kemahiran IT. Belajar IT ni sebenarnya samalah macam belajar al-Quran. Dari tak tahu membaca, tak kenal huruf, tak tahu hukum, sifat huruf pun tak faham dan mahraj huruf pun tertukar-tukar. Tapi apabila kita belajar dan terus belajar, kita akan semakin mahir membaca al-Quran. Boleh membaca dengan baik dan boleh mengajar orang lain pula. Begitu juga dengan IT, daripada tak tahu kepada tahu. Daripada tak mahir kepada mahir. Daripada mahir kepada lebih mahir. Apa yang penting ialah melakukan latihan setiap hari.  Begitulah budaya menuntut ilmu, tak pernah kenal erti penat, malas dan jemu! Sesungguhnya panggilan sahabat pagi tadi telah membuka minda ana untuk terus belajar dan belajar sehinggalah ana dapat menguasai ilmu al-Quran dan IT. Marilah kita bersama-sama menjadi insan soleh ITMahir al-Quran Mahir IT.

Tiada ulasan: