Isnin, Ogos 16, 2010

Ayah dan Ibu

Tak terhitung jasanya, tak terbalas pengorbanannya. Dari dalam kandungan hinggalah dewasa, ayah dan ibu perlu ada. Tanpa mereka, berpecahlah keluarga, putus saudara kerana
berebut harta pusaka. Kepada anda yang masih punya ayah dan ibu, berbuat baiklah kepada mereka, jangan dihantar ke rumah orang tua, atau membiarkan orang indon yang jaga. Kepada anda yang sudah tidak punya ayah dan ibu,  bersamalah berdoa, semoga Allah mengasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani kita sewaktu kita masih kecil. Amiin. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: