Ahad, November 21, 2010

Selamat Tinggal Kawanku

Semalam merupakan hari terakhir bagi Ali dan Ahmad bermain bersama kawan-kawan. Mereka meminta izin daripada Pak Salleh untuk bertemu kawan-kawan. "Hah! Hendak buat apa berjumpa dengan mereka?" tanya Pak Salleh. "Hari ini kan hari terakhir kami di kampung. Jadi kami hendak main puas-puas...
  Kami hendak minta maaf daripada kawan-kawan." jawab mereka.

Memang Ali dan Ahmad budak yang nakal. Di sekolah, mereka sering dimarahi guru kerana tidak siapkan kerja rumah. Mereka juga sering dimarahi guru kerana selalu bergaduh dengan kawan-kawan. Kena rotan dan penampar guru sudah lali kepada mereka. Kawan-kawan mereka juga terdiri daripada kelompok seperti mereka. Suka merayau di kampung, naik motor tanpa lesen dan berkubang dalam parit. Kadang-kadang sanggup Curi Duit Ayah pula. Paling membimbangkan Pak Salleh ialah mereka selalu menipu dan menghisap rokok.

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha Pak Salleh dan isteri, Ali dan Ahmad akan dihantar ke Maahad Tahfiz selama sebulan di Kuala Selangor. Semalam, Pak Salleh membawa mereka membeli barang keperluan mereka. Pakaian baru, selipar, jam tangan, keperluan bilik mandi dan makanan. Bukan main suka lagi mereka kerana dapat beli barang seperti kakak mereka di asrama. Pak Salleh juga sempat belanja mereka minum cendol. Hari ini Pak Salleh beli udang, nuget ayam dan sosej untuk bekal ke Maahad Tahfiz. 

Bersamalah kita berdoa agar Ali dan Ahmad menjadi seorang hafiz  yang cinta al-Quran, membaca al-Quran, memahami al-Quran dan beramal menurut al-Quran. Di sini Ali dan Ahmad  ingin memohon maaf daripada kawan-kawan, jiran tetangga dan guru-guru. Kepada semua kawan-kawan mereka ucapkan "Selamat Tinggal Kawanku". Jika dipanjangkan usia, Insya-Allah kita akan bertemu lagi. Kepada guru-guru, mereka ucapkan "Selamat Berpisah. Halalkan semua ilmu yang cikgu ajarkan. Doakan kami semoga kami menjadi insan soleh."

Memang dalam perancangan Pak Salleh akan mengambil cuti setahun untuk Ali dan Ahmad jika mereka ingin teruskan belajar di maahad Tahfiz. Memang Pak Salleh ingin memisahkan mereka daripada rakan-rakan mereka yang kurang berakhlak. Memang Pak Salleh ingin menyelamatkan mereka daripada guru-guru yang tidak amanah. Memang Pak Salleh hendak menjauhkan mereka daripada orang-orang yang zalim. Amiin.

1 ulasan:

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

Amiin... Moga usaha Pak Salleh ini diberkati olehNYA.. & moga Pusat Tahfiz tersebut m'jd MEDAN kpd Ali dan Ahmad utk mengISLAHkan dri m'jd ANAK YG SOLEH srta insan yg b'guna kpd Agama, bangsa & negara... Doaku, "Pulanglah dgn 1 pengISLAHan dhai Ali & Ahmad, sbg alim 'ulama' 1 hari nnti..." InsyaALLAH..>>