Sabtu, November 20, 2010

Maafkan Kami

Hari ini, Sabtu 20 November 2010. Hari ini ana ada tiga jemputan kenduri kahwin. Jemputan pertama di rumah pakcik di Bangi, Selangor. Jemputan kedua di rumah mertua di Bagan Serai, Perak. Jemputan ketiga di rumah abang ipar di Pasir Mas, Kelantan. Kepada semua yang tersebut di atas,
ana minta maaf kerana tidak hadir ke majlis tersebut. Ini kerana ana dalam kesempitan dan kesusahan. Tambahan pula, seorang anak ana telah balik ke asrama kerana hendak mengambil peperiksaan  SPM. Seorang lagi naka ana akan balik ke asrama esok kerana hendak mengambil peperiksaan STPM. Dua orang lagi anak lelaki ana akan ke Maahad Tahfiz esok.

Kepada Najwa, Eda dan Fidatul kami ucapkan selamat pengantin baru. Kami doakan semoga kalian bahagia dan diberkati Allah. Maafkan Kami kerana tidak hadir di hari bahagia itu.

Tiada ulasan: