Jumaat, Ogos 27, 2010

Pusara Ibu

Ibu,
Hari ini aku datang lagi,
Memohon doa kepada Ilahi,
Agar ibu sentiasa dirahmati,
Tanda kasihku
yang kekal abadi.
Ibu,
Tuturkatamu tak pernah kedengaran,
Keayuan wajahmu tak dapat ku bayangkan,
Belai kasihmu tak pernah ku rasakan,
Tulus hatimu tak dapat ku nilaikan.
Ibu,
Ketika catatan ini ku ukir,
Puas sudah aku memikir,
Walaupun tabah menerima takdir,
Tetapi airmataku terus mengalir.
Ibu,
Walaupun pilu ku gagahi juga,
Menyambung zuriat keturunan kita,
Akhlak dan adab terus ku jaga,
Semoga keluarga kita terus berjaya.
Ibu,
Selamat berpisah aku ucapkan,
Air Tilawah aku curahkan,
Bertemu kembali di minggu hadapan,
Semoga ibu diberi keampunan.

Al-Fatihah.
Khusus untuk Ibuku SB,
Tangisanku, pemergianmu.

motivasi5k
17 Ramadhan 1431H

Tiada ulasan: