Pagi semalam ana mengemas pejabat seorang diri. Jam 11.00 pagi ana terus balik ke rumah bersiap-siap untuk pergi kenduri. Ini kali pertama ana pergi kenduri kahwin bersama isteri dan 7 orang anak.
Jam 11.40 pagi kami tiba di Dewan Sri Bernam Sg Besar kerana menhadiri majlis perkahwinan anak saudara rakan. Meriah sungguh. Tema warna kuning diraja. Ada DJ dan muzik. Berseri dan cukup selesa. Kami makan semeja 9 orang. Rasa macam makan di hotel pula. Ada waiters lagi. Ana makan nasi minyak, dalca, acar dan rendang daging. Cuci mulut dengan tapai pulut yang manis. Bila balik kami diberi ole-ole termasuk senaskah Surah Yasiin.
Jam 12.30 tgh kami tiba di rumah kenduri kedua di Sg Haji Dorani. Kenduri ala kampung. Menu nasi minyak, nasi putih, ikan keli goreng dan daging goreng kicap bercili. Tanpa ayam tanpa DJ dan tanpa muzik. Konsep kampung. Ada Gejubus lagi. Tempat makan lelaki dan wanita berasingan. Kami pun berpecah. Memang dah kenyang tapi sebab ada ikan keli goreng tepun tu, ana pun makan lah sikit. Bila balik kami turut diberi bontrot air kotak dan jajan.
Jam 1.20 ptg ana ke rumah kenduri ketiga di Peket 60. Di kampung ana. Walaupun di kampung tapi menu disediakan oleh Caterer. Ana tengok menu tapi dah tak larat nak makan. Ana minum setengah gelas air dan terus solat di surau sebelah. Selepas solat ana pun borak-borak dengan orang kampung. Jam 2.00 ptg kami bertolak ke KL kerana nak Bertemu Sahabat Lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan