Sabtu, April 02, 2011

Ramainya Anak...

Memang memeningkan kepala bagi ibubapa yang mempunyai anak yang ramai. Bukan 3 orang, bukan 4 orang tetapi lebih drp 7 orang. Malah ada yang melebihi 10 orang..

Ana memang kagum dengan sebahagian ibubapa yang dapat mendidik anak mereka dengan baik. Bukan sahaja baik akhlaknya, malah baik juga pekerjaan yang diperolehi oleh anak-anaknya. Keluarga ana memang drp keturunan yang ramai anak. Adik beradik datuk ana sebelah emak rata-ratanya mempunyai lebih drp 7 orang anak. Bukannya kerja makan gaji, tapi hanya kerja kampung. Masa ana kecil-kecil dulu, Tok Wan kuat bekerja. Tok pula membantu Tok Wan bertani dan mengurus rumah. Hubungan Tok Wan dengan adik-beradiknya amat rapat. Orang kampung panggil Tok Wan, Pak Ngah. Depan rumah Tok Wan ada surau. Setiap petang adik Tok Wan datang rumah, naik basikal tua untung sembang-sembang. Tok Lang datang dah nak maghrib. Bila  bunyi 'kentong' barulah mereka ke surau bersama-sama. Tok Lang menuntun basikal, Tok Wan pula menuruti drp belakang. Mesra sekali dua beradik tu. Hubungan anak cucu mereka juga amat rapat. Macam adik beradik seibu sebapa.

Tapi sekarang, ramai orang takut anak ramai. Takut tak terjaga. Takut tak terdidik. Takut tak cukup makan! Ibubapa sibuk bekerja mencari duit siang dan malam. Tak cukup dengan wang gaji, buat part-time berniaga lagi. Kerana terlalu sibuk mengejar harta, maka rengganglah hubungan keluarga. Adik-beradik pun jarang bertegur sapa. Sepupu-sepupu pula jarang berjumpa. Saudara mara semakin dilupa. Asyik sibuk mengejar harta.

Memang sudah petanda akhir zaman. Manusia berlumba-lumba mengumpul harta. Bangunan pencakar langit merata-rata. Amalan riba sudah menjadi biasa. Rasa malu sudah tiada. Jasa ibubapa semakin dilupa.

Wahai bangsaku! Wahai keluargaku! Segeralah kembali mengingat asal usulmu. Luangkan sedikit masa untuk bertemu. Jangan tunggu sehingga ajal menimpamu!

1 ulasan:

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

anak2 adlh harta Allah yg paling bernilai & org tua2 selalu kata ramai anak murah rezeki...~