Hari ini (Isnin) ana bangun awal. Kejutkan anak-anak sebelum waktu subuh. Ana pula terus ke masjid. Seperti biasa selepas solat, ana beli sarapan. Tiba di rumah, terus bancuh air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Jam 6.40 pg, ana hantar mereka ke sekolah. Selalunya jam 7.15 baru ke sekolah. Kemudian ana terus ke Bandar baru Bangi bersama anak kedua. Dia ada temuduga maktab. Di pertengahan jalan, hujan sangat lebat. Ana risau takut tak sempat. Ana pandu selaju mungkin..
Temuduga bermula jam 11.00 pg. Kami tiba jam 10.00 pg setelah jenuh pusing cari tempat. Tiba di maktab, kami terus tercari-cari bilik temuduga. Jenuh juga... baru jumpa.
Jam 11.00 pagi seorang penemuduga keluar dan beri arahan cara susun sijil. Anak ana memang dah siap binding salinan sijil. Sijil asal pula memang dah disusun kemas dalam clear holder. Yang sedihnya ada pelajar yang bubuh sijil dalam sampul surat sahaja... berterabur pulak tu. Apa lagi kena marahlah dia.
Kepada semua pelajar tak kiralah apa pun jurusan anda, pastikan dokumen anda disusun kemas. Nak kira layak semua yang dipanggil temuduga tu layak. Jadi tonjolkan kelebihan diri anda daripada penampilan diri dan dokumen diri. Jangan sampai tercari-cari di hari temuduga nanti.
Kepada semua ibu bapa, sila pastikan hal ini. Jangan pandang ringan, kerana kadang-kadang hal kecil sebegini mampu memberi impak yang besar terhadap masa depan anak. Jumpa lagi.
2 ulasan:
Saya setuju dengan motivasi5k,,kadangkala penyusunan sijil telah memeberi '1st impression' kpd panel temuduga,,jadi sesiapa yang akan mengahadiri temuduga terutamnya kali pertama,,pastikan segala maklumat diri,serta sijil2 disususn dengan rapi,,agar tidak menyusahkan apabila sesi temuduga nanti,,
Tk mawar berduri atas pandangan itu. Tk
Catat Ulasan