Ketika kita kecil-kecil dulu, orang tua selalu berpesan, "Belajarlah pandai-pandai. Bila besar nanti dapat kerja, boleh bantu emak ayah." Ini kerana sebagai orang kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tentulah susah. Hendak cari duit untuk belanja dapur pun susah. Hendak sara anak sekolah pun susah. Kita pun belajarlah pandai-pandai supaya dapat masuk universiti, supaya
apabila keluar nanti dapatlah kerja yang bagus-bagus, dapat gaji yang besar.
apabila keluar nanti dapatlah kerja yang bagus-bagus, dapat gaji yang besar.
Setelah beberapa tahun kita bekerja, hidup kita semakin senang. Emak dan ayah pula tumpang gembira. Kita selalu balik kampung dan hulur duit belanja. Adik-adik pun kita bantu juga. Satu keluarga rasa bertuahnya kita pada suatu ketika dahulu. Kita menjadi teladan kepada anak-anak buah untuk belajar pandai-pandai dan dapat gaji besar.
Namun, kesenangan yang kita berikan mula terhakis apabila kita mula mencintai seorang wanila atau lelaki istimewa. Walaupun ada di kalangan emak kita mempunyai pilihan hatinya, tetapi kita lebih meminati dan mencintai pilihan hati kita. Kononnya itulah yang paling secocok. Maka akhirnya berkahwinlah kita, daripada berdua menjadi tiga, daripada bertiga menjadi berempat dan seterusnya.
Daripada menaiki motorsikal kepada kereta, sudah ada kereta tambah lagi kereta, yang tidak tambah kereta tukar pula kereta. Daripada tinggal di rumah sewa kepada membeli rumah sendiri. Daripada berbelanja kecil kepada berbelanja besar...
Akhirnya kita semakin sibuk bekerja. Semakin banyak kerja sambilan dibuat bagi menampung perbelanjaan harian. Belanja anak-anak sekolah, pakaian seragam, tuisyen dan duit saku semuanya bertambah. Kira punya kira wang belanja lebih daripada pendapatan. Buat hutang peribadi pula sehingga RM200,000.00. Gaji bersih semakin sikit. Hendak belanja rumah pun sudah tidak cukup, mampukah kita membantu emak dan ayah kita lagi? Mampukah kita membantu adik-adik kita lagi? Mampukah kita membantu ahli keluarga lagi? Mampukah????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan