Khamis, Mac 01, 2012

Kekalkan Senaman Pagi

Alhamdulillah..
Bersyukur ana kepada Ilahi kerana dapat semula mengekalkan senaman pagi minggu ini. Isnin hingga Khamis.
Biasanya ana akan keluar daripada rumah
pada jam 6.00 pagi bersama anak perempuan ana ke masjid untuk solat subuh. Kemudian terus hantar ke sekolah, beli sarapan dan hidangkan kepada anak-anak. Jam 7.15 pagi ana akan hantar empat orang anak ke sekolah kebangsaan dan seorang lagi ke pra sekolah. Dalam perjalanan ke stadium, sempat juga ana mendengar siaran motivasi pagi di radio selangor.fm atau ikim.fm dalam kereta. Sememangnya ana minat sangat siaran tersebut. Setidak-tidaknya dapatlah mengekalkan motivasi diri yang ada pasang surutnya ni..
Jam 7.45 paga ana akan mulakan senaman pagi dengan Terapi Azan. Kemudian memanaskan badan dan berjalan mengelilingi padang bola sebanyak 7 pusingan.Berkaki ayam tanpa kasut, tanpa hand phone dan tanpa wang dalam saku. Kemudian lari ulang alik 7 kali antara garisan gol. Senaman pagi diakhiri dengan menyejukkan badan.
Alhamdulillah, sehingga kini ana dapat kekalkan 3-4 kali seminggu sejak beberapa tahun yang lalu. Ana berdoa semoga ana diberi kekuatan bagi mengekalkan senaman pagi. Hanya mereka yang telah melakukannya sahaja yang dapat merasai nikmatnya bersenam! 
Ayuh, mari kita bersenam!

1 ulasan:

jayalani berkata...

Alangkah bagusnya boleh mengekalkan senaman pagi 3-4 kali semnggu. Insyaallah sebarang penyakit susah hnggap. yang penting kekal biar pun sedikiit.