Ramai di kalngan rakan-rakan ana yang berniaga masa ini mengeluh karana pendapatan semakin merosot dan perbelanjaan pula semakin meningkat. Semakin ramai orang mula berniaga. Kata mereka susah nak cari kerja, jadi berniagalah. Di Sungai Besar sahaja, gerai jual air, jual burger dan kuih tumbuh macam cendawan. Kedai-kedai pula penuh disewa orang. Bukan sahaja orang tempatan, malah orang luar pun berniaga di sini. Bukan calang-calang punya syarikat... Rakan-rakan pun kata, macam ni teruklah kita.
bagi ana, rezeki masing-masing. Yang penting ialah usaha. Jangan putus asa. Tak perlu kerja siang dan malam kerana nak dapat pendapatan lebih. Bahagikan masa untuk mencari rezeki dan ibadah.
Apa guna duit banyak jika nak solat berjemaah di masjid pun tak sempat. Apa guna duit banyak jika lemak di badan punsemakin banyak. Apa guna duit banyak jika penyakit pun banyak. Apa guna duit banyak jika orang tua masih belum ke Mekah. Apa guna duit banyak jika adik beradik masih harapkan BR1M. Apa guna duit banyak jika masih dibelenggu dengan riba. Apa guna duit banyak jika pejuang-pejuang Islam masih berjuang bersenjatakan batu!
Ayuh! Kepada mereka yang banyak duit, bantulah sesama keluarga, sesama bangsa dan sesama agama. Duit banyak yang kalian perolehi itu perlu disucikan dengan zakat dan sedekah. Semoga tiada lagi rintihan ahli keluarga kita, tiada lagi kemiskinan bangsa kita dan tida lagi kefakiran umat Islam kita...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan