Pagi tadi, hujan rintik-rintik. "Tak bersenamlah jawabnya hari ni.." bisik hati ana. Jam 7. 30 pagi, ana lihat cuaca semakin baik. Tiba di rumah, baru sahaja hendak tukar pakaian sukan ana terima sms daripada pekerja ana, "Salam, ust, hri ni mgkin sy x msuk kje, sy x brape sihat ust.". ana lihat jam sudaj pukul 7.50 pagi. Orang rumah pula berpesan, "Bang, beras dah habis. Nanti belikan ikan tongkol, santan dan timun ye..".
Ana ni kalau dah kalut-kalut macam ni memang tak syok. Apa lagi ana pun tak pergilah bersenam... mengantuk pulak rasanya.. macam tak sihat. Memang itulah asam garam nak istiqamah dengan bersenam. Macam-macam halangan...
Jam 8.50 pagi ana bergegas ke restoran untuk beli lauk makan tengahari dan beli beras di kedai runcit. Hantar balik dan terus buka kedai... Buatlah kerja-kerja yang sepatutnya pekerja ana buat... Petang ni kenalah minta isteri tolong jaga kedai sebab ana nak pergi bantu ustaz buat rawatan rukyah syariah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan