Sehingga minggu lepas, cek pinjaman pelajaran Shahida masih belum 'clear'. Biasanya 3 hari selepas bank in, clearlah cek tu. Apabial ditanya oleh ayahnya, Shahida menjawab, "Saya sudah kirimkan kepada rakan yang keluar kampus dan bank in di Bank Islam Bangi." Sebenarnya, ayahnya amat tidak sedap hati kerana cek yang bernilai hampir RM6000.00 itu dikirimkan melalui rakan. Maklumlah, macam-macam boleh jadi. Cek hilanglah, salah tulislah, keciciran dan sebagainya. Awal minggu ini ayahnya telefon Shahida, "Cek dah clear belum?". Shahida menjawab, "Belum. Saya sudah semak melalui TAP tapi belum masuk lagi.". Ayahnya pun minta Shahida semak slip bank. "Ayah, kawan saya silap tulis nombor akaun. Tertinggal satu nombor." Sahlah cek itu tidak clear. "Pergi ke bank cepat. Uruskan. Itulah jangan harapkan orang lain dalam hal-hal begini."
Alhamdulillah, setelah Shahida pergi sendiri ke bank, perkara itu dapat diselesaikan. Ini merupakan pengalaman pertama Shahida berurusan melalui cek. Kepada siswa siswi yang lain, ana ingin memberi nasihat supaya jangan terlalu mengharapkan orang lain dalam hal-hal yang amat penting seperti ini. Ada juga siswazah yang terlepas kerja kerana kirimkan borang melalui rakan yang terlupa hendak hantarkan. Ada juga siswa siswi yang terlepas peluang ke U kerana kawan tidak poskan barang. Macam-macam boleh berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Berhati-hatilah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan