Lebih 10 hari ana tidak turun padang. Pagi tadi ana gagahi juga untuk turun padang. Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, ana terus ke stadium. Tiba sahaja di stadium, ana terus ke padang bola untuk buat terapi azan tan terapi embun. Terkejut juga ana lihat Rumput Panjang Sangat.. Bukan main-main punya panjang, ada yang sampai ke lutut...Teringat ana kisah Bangau Oh Bangau...
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
dan seterusnya...
Maka ana pun buatlah lagu baru...
Badan oh badan, kenapa engkau tak bersenam?
Macam mana aku nak bersenam, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, mesin tak potong aku.
Mesin oh mesin, kenapa tak potong rumput?
Macam mana aku nak potong, driver tak bawa aku.
Driver oh driver, kenapa tak bawa mesin?
Macam mana aku nak bawa, boss tak suruh aku...
Kalau ikutkan hati memang ana nak balik rumah je, tapi ana anggap rumput itu sebagai satu halangan kecil. Walaupun seluar penuh dengan kemuncup, gatal lagi, becak lagi tapi ana lawan juga sebab matlamat ana ialah bersenam. Akhirnya selesai juga terapi ana lakukan. Tambahan satu kerja lagi iaitu buang kemuncup yang melekat di seluar.
Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Jika takutka halangan maka tak jadilah kita buat kerja. Jika seorang pekerja hendak ke pejabat di KL pada hari hujan lebat, tentu banyak cabarannya. Pakaian basah, kereta kotor, lewat sampai dan banyak lagi. Jika pekerja tersebut memang pemalas, maka ambil MC lah dia hari itu. Jika pekerja itu memang seorang yang gigih, maka itu hanyalah halangan kecil sahaja.
Tidak kira apa kerjaya kita, setiap apa yang kita lakukan pasti ada halangan. tanpa halangan hidup kita akan menjadi hambar. Dengan adanya halanagn atau cabaran ini, barulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Dan kejayaan yang dicapai itu akan lebih bermakna! Oleh itu, jadikan cabaran dalam kehidupan sebagai penggerak diri untuk berjaya. Jangan asyik menyalahkan orang lain sehingga lupa akan kesalahan diri sendiri. ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan