Rekha merupakan seorang ibu tunggal. Mempunyai 2 orang anak perempuan yang telah remaja.
Tekanan hidup. Keadaan hidupnya porak peranda. Kehidupannya semakin tertekan selepas ditinggalkan kekasih
dan apabila mengetahui bekas suaminya memiliki pasangan baru. Rekha turut hilang punca hidup selepas dibuang kerja sebagai pelayan dan tidak tahan dengan kelakuan serta tingkah laku liar anaknya. Rekha sangat marah terhadap anaknya yang suka minum arak, merokok, mencuri dan bergaduh. Itu membuatkannya menghadapi masalah untuk mengawal mereka. Seorang daripada anaknya pernah cuba membunuh diri manakala seorang lagi berdepan masalah pemakanan.

Hilang pertimbangan. Disebabkan tak tahan dengan tekanan hidup tersebut, Rekha telah membunuh 2 anak perempuannya dengan menikam mereka 66x. Ibu tunggal itu menikam Davina 39x di dada dan Jasmine 27x ketika mereka tidur. Dalam pengakuannya, dia berkata, "Sekurang-kurangnya anak saya selamat sekarang. Tidak ada orang lain boleh menyakiti mereka." Itulah pengakuan paling mengejutkan seorang ibu Rekha Kumari-Baker, 42, ibu kelahiran India yang menetap di London. Akhirnya, Rekha didapati bersalah atas tuduhan membunuh anaknya dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, minimum 31 tahun tanpa parol sehingga 2040.
Wahai bangsaku! Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Kepada semua ibu bapa, ana menyeru didiklah anak dengan sempurna. Berikan kasih sayang. Lengkapkan keperluan hidup dan pembelajaran mereka. Pastikan sumber rezeki yang halal lagi mencukupi. Didiklah mereka dengan akhlak Islam. Berdoalah semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Kepada para remaja pula, jagalah nama baik keluarga. Berhemat semasa berbelanja. Beringat dalam pergaulan harian samada melalui pertemuan 4 mata, call, sms ataupun facebook. Simpan foto anda baik-baik, jangan terlalu pemurah sehingga dijadikan sedekah kerana itu mengundang padah. Teruskan belajar sehingga peringkat ijazah. Carilah pekerjaan yang halal. Bantulah ayah bonda. Jangan biarkan ayah bonda menderita ketika hari tua...
2 ulasan:
" Allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayani soghira.."
Salam Motivasi5k, apa khabar...terima kasih kerana membalas ulasan saya yang lalu..teruk kan dunia sekarang ni.. masih ada lagi orang yang tikam dan membunuh anak sendiri..cerita ini amat menyedihkan hati saya..apalah nasib si anak itu..saya mohon agar yang lain tidak melakukan perkara yang kejam seperti itu.Seorang anak mestilah menghormati ibu dan menjaganya agar tidak disakiti orang lain..Saya berharap agar yang lain mengambil iktibar dalam kisah yang diceritakan oleh Motivasi5k ini..wassallam...
Catat Ulasan