Ahad, September 12, 2010

Straight A's

Ani (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar cemerlang. Ani mendapat 5A dalam UPSR dan  Mumtaz dalam PSRA. Ani memasuki sekolah berasrama penuh mengikut jejak kakaknya. Ani mendapat 7A dalam PMR. Walaupun sedikit kecewa kerana
 tidak dapat menandingi kakaknya yang mendapat 8A. Ani memasuki tingkatan 4 di sekolah yang sama. Ani ambil aliran sains agama. Ani meletakkan sasaran Straight A's dalam SPM dengan harapan memberi saingan kepada kakaknya. Pihak sekolah juga meletakkan sasaran yang sama. Ani memang aktif di sekolah. Mewakili sekolah dan daerah dalam permainan hoki serta aktif sebagai pembimbing rakan sebaya.
Disebabkan terlalu aktif, Ani tidak berkesempatan untuk membimbing diri sendiri dalam pelajaran. Pencapaian sederhana dan gagal dalam beberapa subjek sains dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, membuatkan Ani mula sedar. Naik tingkatan 5, pihak sekolah terus menekan. Guru-guru pula terus memberi latihan bertubi-tubi. Ani mula letih. Kepalanya sakit. Belakangnya pun lenguh-lenguh. Tumpuan belajar semakin kurang. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun menjadi ukuran. Ani panik. Peperiksaan semakin dekat. Nak baca semua dah tak sempat.
Ketika balik bercuti pertengahan tahun, Ani bertemu dengan seorang pengamal perubatan alternatif. Air muka Ani menampakkan seribu kerisauan dan kegelisahan. Mereka berbincang. Mencari jalan keluar supaya Ani lebih tenang dan lebih memberi tumpuan dalam pelajaran. Di atas nasihat pengamal perubatan alternatif tersebut, Ani meletakkan sasaran mendapat 7A dalam 4 subjek teras dan 3 subjek agama,  serta lulus dalam 4 subjek sains. Selain itu, Ani juga diberi penawar homeopati dan rawatan pinggan putih. 
Selepas seminggu kembali ke sekolah, Ani mula besemangat. Mula memberi tumpuan kepada 7 subjek tersebut. Ani mula yakin. Fikirannya dah tak berserabut. Ulangkajinya lebih teratur. Ani mula membaiki kelemahan topik demi topik bagi setiap subjek. Lebih kerap bertanya guru dan berbincang dengan rakan-rakan. Sakit kepalanya semakin berkurangan, daya tumpuannya semakin bertambah. Alhamdulillah, dalam peperiksaan Percubaan 1 baru-baru ini, Ani mendapat 6A dan hanya gagal 1 subjek sains. Keputusan itu segera dimaklumkan kepada bapanya.
Ani terus tingkatkan usaha, berdoa dan bertawakal. Ani mula yakin untuk mencapai sasaran. Malah kini, dalam diam-diam, Ani telah berani meletakkan sasaran baru Straight A's. Semoga Ani berjaya mencapai Straight A's dalam SPM 2010. Amiin.

6 ulasan:

calon spm 2010 berkata...

Tajuk yang paling menarik!tajuk ini amat sesuai untuk calon-calon spm 2010 yang berasa tertekan...sangat bermotivasi buat saya..

motivasi5k berkata...

Tk. Banyakkan solat malam dan berdoa semoga sukses. Pastikan anda berdoa pada waktu dan tempat mustajab doa. Carilah orang yang tak terhijab doanya... sebagai pembantu anda.

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ berkata...

Buat Ani... Teruskan usaha, moga dpt cipta rekod mengalahkan kakaknya ya..>>

Keemasan berkata...

Cerita yang amat menarik..Moga-moga kak Ani mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm...Motivasi5k, adakah Kak Ani rajin membuat latihan dalam pelajaran? Saya berharap agar Motvasi5k menceritakan pula kisah-kisah orang yang rajin membuat latihan sekolah atau kerja sekolah dan apakah faedah-faedah yang boleh kita dapat daripada membuat ulangkaji dan latihan dalam pelajaran sendiri tanpa seorang guru? bye.

motivasi5k berkata...

Tk adik Keemasan. Pada mulanya Kak Ani memang kurang membuat latihan. Tapi setelah dia sedar akan kesilapannya mengabaikan pelajaran, maka dia berani bangkit untuk membaikai kelemahan diri. Bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan. Insya-Allah ana akan bincangkan tentang kemahiran belajar di rumah dalam tajuk akan datang.

kak ani.. berkata...

terima kasih untuk adik keemasan...doakan akak cemerlang dalam spm yang tidak lama lagi..pesanan kak ani untuk adik..belajarlah rajin-rajin..jangan lalai dan leka..