Malam tadi, ana dikunjungi oleh guru ana Ust N, seorang hafiz. Sejak tahun lalu, ana telah mengikuti Kelas Talaqi Musyafahah dengan beliau di Pusat Latihan Fast Learning, Sg Besar. Banyak ilmu...
yang telah perolehi daripadanya. Boleh ana praktikkan semasa mengajar murid-murid ana dalam kelas al-Quran. Ana sangat berbesar hati apabila guru ana sudi datang ke rumah ana. Bukan senang nak cari guru yang nak datang ke rumah murid. Inilah pertama kali Ust N datang ke rumah ana berhari raya bersama keluarga. Sebenarnya bukan ana seorang sahaja yang bertalaqi musyafahah dengan Ust N, isteri ana juga mengikuti kelas yang sama untuk kaum wanita. 4 orang anak ana juga pernah mengikuti Kelas Hafazan Musim Cuti yang ana anjurkan beberapa tahun yang lalu.
Sambil minum dan menikmati juadah, kami berbincang tentang kelas yang akan disambung semula minggu ini. Yalah.. selepas bercuti panjang sejak awal Ramadhan. Kami berbincang bagaimana nak tingkatkan kemahiran membaca al-Quran di kalangan masyarakat setempat. Bagaimana nak menjadikan al-Quran itu sebagai bacaan utama ahli masyarakat. Bagaimana nak jadikan ahli masyarakat cinta kepada al-Quran. Bagaimana nak jadikan masyarakat mengamalkan al-Quran!
Terfikir oleh ana, jikalah para guru dan pendidik sering membuat kunjungan ke rumah murid, mengenali ibu bapa murid, mengetahui latar belakang keluarga murid.... mungkin masalah disiplin murid dapat dikurangkan. Rasa hormat kepada guru dapat ditingkatkan.. Sebenarnya, peranan guru bukan hanya di sekolah atau di masjid sahaja, para guru mestilah terjun dalam masyarakat membantu membasmi buta huruf. Janganlah buat kerja yang bergaji sahaja... sekali sekala buatlah kunjungan motivasi ke rumah murid.
2 ulasan:
salam, Motivasi5k saya ingin bertanya, kelas intensif musim cuti diadakan tak pada tahun ini? motivasi5k, adakah kelas al-quran akan diadakan seperti biasa. mesti ustaz N garang kan..dari namanya pun saya dah tahu... tahun ini motivasi5k raya, balik kampung ke? saya raya tahun ni raya ngan keluarga kat Sungai Besar. Walaupun sedih tak jumpa atuk dan nenek di kampung tapi minggu lepas saya dan keluarga pergi ke rumah makcik saya kerana atuk dan nenek saya ada di sana.Insyallah minggu depan atuk dan nenek saya akan berkunjung ke rumah saya selama seminggu.wassalam...
Tk kepada adik Keemasan. Untuk makluman adik, Kelas Intensif Musim Cuti akan diadakan pada 22/11-23/12/2010. Rujuk maklumat kelas dalam blog ini. Memang betul kata adik, Ust N tu taklah garang tak bertempat tetapi memang tegas dalam hukum pembacaan al-Quran. Sebagai contoh, jika mad asli dibaca dengan 2 harakat, maka mesti dibaca pada kadar itu, tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Ana memang seronok belajar dengan ust yang tegas, sebab kita akan cepat pandai.
Raya ni ana berhari raya di Sg Besar sahaja. Tak balik pun ke kampung mertua di pantai timur. Adik Keemasan janganlah sedih. Walaupun tak dapat berhari raya di kg, adik masih boleh telefon atuk dan nenek kan. Ucapkanlah Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Tentu ianya dapat mengubat hati yang rindu. Jumpa lagi...
Catat Ulasan