Isnin, Ogos 30, 2010

Cikgu Power

Cikgu Power. Guru disiplin pengedar ubat perangsang seks. Amat mengejutkan apabila seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah bukan sahaja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup
mempromosikan produk berbentuk gel terbabit melalui pengedaran risalah bertajuk 'Abang Best' kepada pelajarnya, lapor Mary Victoria Dass. Itulah tajuk depan akhbar Harian Metro hari ini.

Ana tak nak komen apa-apa kerana beri peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan menjalankan tugas mereka. Lagipun mereka dah dibayar gaji oleh kerajaan untuk menjalankan tugas mereka. Biarlah mereka buat kerja mereka... kita buat kerja kita. Apa yang penting ialah setiap orang tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Dah 53 tahun merdeka... takkan nak biarkan minda anak bangsa dijajah dengan menuntut kebebasan ber-so-sial  yang membawa kepada keruntuhan akhlak, kehamilan luar nikah, pengguguran dan pembuangan bayi.. Apa makna kemerdekaan jika arak, judi, bertenung nasib dan pergaulan bebas masih berleluasa di negara kita.

2 ulasan:

Keemasan berkata...

Salam, Motivasi5k sibuk ke? Saya hairanla dengan kisah "CIKGU POWER" ni..Ade ker cikgu cam tu?Saya harap agar tak semua cikgu mcam tu la!!Kisah ini kita boleh ambil iktibar juga..Kepada semua yang telah berkunjung ke Motivasi5k saya harap anda akan terus lagi melayari kerana kisah-kisahnya banyak yang kita boleh jadikan teladan dan iktibar.BYE...

motivasi5k berkata...

Tk adik Keemasan kerana setia melayari motivasi5k. Tk juga atas pandangan dan cadangan yang telah diberikan. Semoga kisah benar dan teladan motivasi5k akan dapat memberi manafaat kepada masyarakat.