Hai.... dah 3 minggu ana tak bersenam. Badan pun dah mula rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh dan malas. Rasa macam nak tidur je. Batuk pun dah hampir sebulan. Belum pulih sepenuhnya. Sampai satu ketika, belakang ana menjadi terlalu sakit. nak bangun pun tak boleh. Terpaksa dibantu oleh anak-anak. Ada rakan kata ana dah terkena...
Sabtu, Mei 21, 2011
Khamis, Mei 19, 2011
KELAS INTENSIF MEMBACA MUSIM CUTI MEI-JUN 2011
Dari 30/5-10/6/2011 (2 minggu/10 hari). Hari Isnin-Jumaat.
Kelas mula jam 8.30 pg. Daftar akhir pada Isnin, 30/5/2011.
Adakah anak anda tidak tahu membaca atau lambat membaca? Jangan biarkan masalah ini berterusan. Hantar segera ke Kelas INTENSIF MEMBACA Musim Cuti 2011. Tingkatkan kemahiran membaca mereka. Membaca itu jambatan ilmu. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja.
Subjek yang ditawarkan BM, BI, JAWI dan AL-BARQY
Daftar melalui SMS:
Taip NAMAUMUR KELAS PILIHAN dan hantar ke 013-2092280.
Kelas mula jam 8.30 pg. Daftar akhir pada Isnin, 30/5/2011.
Adakah anak anda tidak tahu membaca atau lambat membaca? Jangan biarkan masalah ini berterusan. Hantar segera ke Kelas INTENSIF MEMBACA Musim Cuti 2011. Tingkatkan kemahiran membaca mereka. Membaca itu jambatan ilmu. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja.
Subjek yang ditawarkan BM, BI, JAWI dan AL-BARQY
Daftar melalui SMS:
Taip NAMA
Tidak Diterima Bumi
Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz bertanya kepada ana, "Anta masih buat blog lagi?" . Ana pun jawab, "Ya.. masih lagi. Cerita terbaru ialah tentang Tidak Memperdulikan Halal dan Haram." Kemudian ustaz tersebut pun berkata, "Ana nak minta anta tuliskan tentang cerita ni.. mudah-mudahan ianya akan menjadi teladan kepada yang membacanya." Begini kisahnya...
Kelahiran Anak Baru
Pada hari Selasa yang lalu, ana sambut orang baru. Anak lelaki. Anak yang ke 11. Doakan semoga anak tersebut menjadi anak yang soleh... amiiin.
Ohhhhh .... KISAS
Maaf kerana dah agak lama ana tak buat catatan. Bukanlah sibuk sangat... tapi ada masalah internet kat ofis. Ini pun ana buat catatan dari CC shj. Minggu lepas. ana hantar anak kedua ana masuk form 6 di KISAS Klang. 30 tahun dulu, ana pernah juga memohon untuk masuk KISAS ni... tapi tak ada rezeki masa tu... Memang ana kagum dengan pelajar-pelajar yang keluar drp KISAS. Bukan sahaja tinggi pengetahuan agama, malah turut mahir pula dalam Bahasa Arab.
Setelah lebih 30 tahun, dapat juga ana menjejakkan kaki ke KISAS. Cuma yang bezanya ialah anak ana yang belajar di sana. Itulah takdir... itulah rezeki... jika bukan diri kita yang dapat, anak cucu kita pula yang dapat. Selamat belajar anakku. Engkaulah penyambung cita-cita ayah...
Jumaat, Mei 06, 2011
Tidak Memperdulikan Halal dan Haram
Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramainya manusia yang berebut mencari harta bagi memenuhi keperluan hidupnya Tanpa Memperdulikan Halal dan Haram. Yang penting asal dapat. Ini kerana semakin kita nak maju maka semakin banyaklah pula keperluan yang perlu kita penuhi...
Masuk Wad
Pagi tadi ana dapat panggilan daripada kawan lama ketika di kampus dulu, Azizol. Dia kata dia masuk wad DMC. Dah seminggu demam. Bersamalah kita berdoa agar beliau segera sembuh. Amiiin.
Khamis, Mei 05, 2011
Teringatkan Kawan Lama
Entah kenapa tiba-tiba saja ana Teringatkan Kawan-Kawan Lama. Kawan-kawan ketika di ITM Shah Alam pada tahun 1980an. Ohh.. rindu sungguh rasanya dengan suasana kampus ketika itu. Analah cucu pertama datuk dan nenek yang menjejakkan kaki ke ITM. Pada masa tu...
3 Kilo Ikan Mambung 2 Kilo Kerang
Selepas bersenam di stadium pagi tadi, ana terus ke pasar awam Sg Besar. Sampai aje di pasar, Hj Tapa terus memberi salam. Ana pun jawab sambil bertanya khabar. Hj Tapa ialah salah seorang peniaga ikan di pasar. Yang istimewanya ialah
Rabu, Mei 04, 2011
Jangan Mudah Berkongsi!
Sebut saja berkongsi sudah pasti ramai yang tak mahu. Terutama jika seorang isteri ingin berkongsi suami dengan madunya...
Isnin, Mei 02, 2011
SMS Luar Jangka
Beberapa minggu yang lalu ketika ana sedang mengajar kelas al-Quran dewasa, ana dikejutkan dengan SMS rakan lama ana, Hj Fuad. "Salam. Blog ana http;//totalmanpowersolution.blogspot.com. Maklumat JPI, syarikat dll. TQ" Ana pun segara membalasnya, "TK ana sedang mengajar." Hj Fuad balas lagi, "Ana dah masuk blog anta. Tahniah.." Ana pun jawab, "TK."
Itulah Hj Fuad, rakan sekampus tahun 1980an. Walaupun kami berlainan kursua, tapi kami dalam satu jemaah Persatuan Persuratan Islam. Walaupun dah lebih 20 tahun, tapi kami masih lagi berhubung..
Langgan:
Catatan (Atom)