Semalam merupakan hari paling bersejarah dalam hidup 3 anak lelaki ana. Seawal jam 7.00 pagi ana dah kejutkan mereka daripada tidur. Mandi air sejuk bercampur dengan air bacaan Rukyah. Kemudian
Selasa, Disember 28, 2010
Sabtu, Disember 25, 2010
Ucapan Terima kasih
Motivasi5k ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid yang telah hadir ke Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kelas Intensif Musim Cuti 2010 pada 23/12/2010 yang lalu. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua fasilitator yang telah memberikan perkhidmatan terbaik. Insya-Allah motivasi5k akan memaparkan gambar-gambar yang terlibat tidak lama lagi..Jumpa lagi.
Isnin, Disember 20, 2010
Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah
Tuan/Puan yang dihargai,
Semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid dijemput hadir.
JEMPUTAN KE MAJLIS
PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2010
Tarikh 23/12/2010 Hari Khamis
Jam 9.00-11.00pg
Bertempat di Fast Learning Associates.
Semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid dijemput hadir.
3 Kenduri
Pagi semalam ana mengemas pejabat seorang diri. Jam 11.00 pagi ana terus balik ke rumah bersiap-siap untuk pergi kenduri. Ini kali pertama ana pergi kenduri kahwin bersama isteri dan 7 orang anak.
Khamis, Disember 16, 2010
Panggilan Sahabat
Pada hari Ahad yang lalu, ana terima SMS daripada Imam. Imam dah tiba di Malaysia. Katanya..
Isnin, Disember 13, 2010
Melepas Rindu
Petang semalam, Pak Salleh dan isteri pergi ke Kuala Selangor melawat anak mereka Ali dan Ahmad di Maahad Taafiz. Mereka tiba di sana
Sabtu, Disember 11, 2010
Wajah Baru
Dari petang tadi hingga catatan ini dibuat, ana masih di kedai. Mengemas dan membuat susun atur baru dalam kedai. Sempena Tahun Baru Hijriah ini, ana mahu Wajah Baru. Semoga perniagaan ana bertambah maju dan berjaya. Semoga mendapat rezeki yang halal lagi mencukupi. Terima kasih ana ucapkan kepada semua pelanggan. Terima kasih kerana memberi sokongan. Terima kasih kerana mengunjungi kedai Melayu Muslim. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Terima kasih.
Doa Untuk Nenek
Selepas Subuh tadi ana terus ziarah nenek saudara yang meninggal di kampung. Setelah selesai membaca surah Yasiin, tahlil dan doa, ana pun balik. Jam 9.00 pagi ana bawa isteri dan anak-anak pula. Jam 10.00 pagi, jenazah disolatkan. Solat diimamkan oleh Tuan Guru tempatan yang sangat disegani. Kami iringi jenazah hingga ke kubur. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amiiin. Al-Fatihah.
Jumaat, Disember 10, 2010
Bacalah Buku
Kepada semua murid-murid Kelas Intensif Musim Cuti . Bacalah buku semasa di rumah. Rajin-rajinlah membaca buku. Semoga cepat pandai.. dan jangan lupa tolong ibu dan ayah buat kerja di rumah. Jumpa lagi. Bye .
Khamis, Disember 09, 2010
SMS Dari Brunai
Pada 7 Disember yang lalu ana terima SMS dari Brunai.
Assalamualaikum. Selamat tahun Baru Hijriah. Mohon maaf atas segala kesilapan. Semoga diberi Allah kekuatan dalam memperjuangkan kebenaran, mencegah kemungkaran, menentang kebatilan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatanjasmani, akal & rohani serta hidup berbahagia dunia & akhirat bersama keluarga... Amiin. Insya-Allah ana & keluarga ke KL 12-23 Disember 2010. Imam / Ustaz Hanafi
Ana pun jawablah.. Tk. Insya-Allah kita jumpa.
Itulah sahabat ana, warga Brunai yang sama-sama belajar di IPTA pada tahun 1980an. Beliau juga merupakan naqib ana sewaktu di kampus. Banyak kenangan manis bersama belajar di kampus. Insya-Allah jika ada kesempatan, ana akan ceritakan kisah hidup di kampus pada tahun 1980an dalam Motivasi Kampus.
Walaupun jauh di mata, tetapi dekat di hati. Bersahabat sewaktu bujang sampailah sudah berkeluarga. Itulah nilai persahabatan yang hakiki. Berkasih sayang kerana Allah...
Rabu, Disember 08, 2010
Imam Pohon Maaf
Pagi tadi, selepas solat subuh di masjid diadakan kelas Tahsin Qiraat Al-Quran. Kelas tersebut dibimbing oleh imam masjid yang juga seorang hafiz. Pengajian pagi tadi ialah pada surah Assajadah. Imam memaklumkan bahawa
Tak Menangis Lagi
Motivasi5k nak ucapkan tahniah kepada ibubapa yang menghantar anak mereka ke Kelas Intensif Musim Cuti. Tahniah juga kerana hantar anak tepat pada masanya. Tahniah juga kepada semua fasilitator yang datang awal dan bersungguh-sungguh membimbing anak bangsa. Kepada adik-adik yang mengikuti kelas membaca, dan Tak Menangis Lagi dalam kelas, motivasi5k nak ucapkan tahniah juga. Hah... begitulah kalau adik-adik nak pandai. Jangan menangis dalam kelas. Nanti bila naik tahun satu..... macam mana? Takkan nak menangis lagi.. malukan...
Selasa, Disember 07, 2010
Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun
Petang semalam, ana telah mengadakan majlis membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun bersama murid-murid kelas al-Barqy, Tajwid al-Barqy dan Al-Quran. Doa-Doa ini dibaca sempena berakhirnya tahun 1431 Hijriah dan munculnya tahun baru 1432 Hijriah. Doa Akhir Tahun dibaca di akhir waktu asar manakala Doa Awal Tahun pula dibaca di awal waktu maghrib. Semoga dosa-dosa kami yang lalu diampunkan Allah. Semoga kami dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan pada masa hadapan. Jumpa lagi...
Pembuli Dihukum
Atas aduan Pak Salleh, pihak maahad telah menjalankan siasatan. Ali dan Ahmad dipanggil guru.
Isnin, Disember 06, 2010
Kena Buli
Sudah dua minggu Ali dan Ahmad masuk Tahfiz. Sudah dua kali Pak Salleh dan isteri datang melawat. Lawatan pertama iaitu tiga hari selepas Ali dan Ahmad belajar, mendapati mereka seronok belajar di sana. Lawatan kedua pada minggu lepas, mereka mengadu telah dibuli oleh
Khamis, Disember 02, 2010
Makan Gula-Gula
Apa khabar adik-adik? Adik-adik suka tak Makan Gula-Gula? Nak tahu...kanak-kanak memang suka Makan Gula-Gula. Dalam seminggu 3 balang gula-gula habis dijual...
Mencari Selipar
Semasa datang ke kelas, semua murid akan meletakkan selipar di tangga. Semasa balik, ramailah murid-murid yang Mencari Selipar. Ada pula yang tertukar dengan kawan. Ada pula yang ..
Datang Awal
Kepada semua adik-adik yang mengikuti Kelas Intensif Musim Cuti datang lah awal. Sebelum jam 9.00 pagi. Ini kerena semua kelas akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Siapa datang lambat...
Nasi Lemak 50 sen
Sepanjang Kelas Intensif Musim Cuti ini, makanan yang paling laris dijual waktu rehat ialah Nasi Lemak 50 sen. dan air minuman 50 sen. Ada lagi ke nasi lemak berharga 50 sen?
Langgan:
Catatan (Atom)