Sabtu, Oktober 09, 2010

Basikal Baru

Hari-hari Ali minta basikal baru. Pening kepala ayah memikirkannya. Kalau nak beli satu, nanti berebut pula. Nak beli banyak, di luar kemampuan ayahnya. Suatu hari..
Ali berkata, "Ayah, esok ayah belikan basikal baru ye." . "Mana ayah ada duit," kata ayahnya. "Ala.... duit saya kat Tabung Haji kan ada... ayah ambillah 150, nanti bolehla belikan basikal baru." kata Ali lagi. Ayahnya hanya berdiam diri.

Beberapa hari terus berlalu. Setiap hari setelah pulang sekolah, pasti Ali akan minta basikal baru. Tahun lepas ayahnya pernah berjanji, "Kalau Ali dapat nombor 1, 2, 3, ayah belikan basikal baru." Sebenarnya, Ali ni bukanlah murid yang rajin. Kerja rumah selalu tak siap, kasut pun malas nak basuh. Bukan itu saja, tempat tidur pun dia malas nak kemas. Kuat melawan cakap ibu ayah pulak tu. Ali pun berkata, "Ala... kalau macamtu saya belilah sendiri... nanti saya kumpul duit saya belila..".

Suatu hari, disebabkan kasihan, ayahnya pun belilah basikal baru tanpa pengetahuan Ali. Bila balik dari sekolah, Ali tenguk ada basikal baru. Dia pun apa lagi.... teruslah naik, tak sempat tukar baju sekolah. Tengahari panas terik pun dia mengayuh basikalnya. Malam-malam pun dia tunggang basikal baru.  "Ingat! Basikal tu bukan untuk Ali seorang tau, kongsi dengan adik, faham." pesan ayahnya. Ali menganggukkan kepala tanda setuju.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Disangka Ali janji dipegang, rupanya janji telah dimungkiri. Ali jadi tamak. Dia seorang saja yang naik basikal baru. Adiknya, kakaknya tak boleh pinjam. Cuit sikit pun tak boleh. Ali semakin berubah. Basikal barunya pun diubah-ubah. Handle tukar yang lain, tongkat di buang, 'mak guard' pun dibuang. Brek pun di cabut. Jadilahn basikal tu togel. Handlenya pula dah tak ketat. Asyik nak tercabut saja. Ali dah tak nak guna basikal itu. Dia suruh ayahnya beli basikal baru lagi.

"Hah! Nak beli basikal baru lagi! Ayah dah beli elok-elok Ali rosakkan. Kan dah tak boleh guna. Tahu tak seratus lima puluh ringgit tu buka senang ayah nak cari. Siang malam ayah kerja. Tapi Ali tak pandai jaga basikal baru tu.. Abah dah tak nak belikan... pakai je la basikal tu.." kata ayahnya. Ali diam. Dia tahu dia yang salah. Dia ikut sangat cakap kawannya. Ubahsuai basikal baru hingga tak boleh nak guna lagi. Sejak hari itu, Ali jalan kaki semula... seperti dulu sebelum beli basikal baru.

Ya adik-adik, jangan jadi macam Ali tu tau. Dah ada basikal baru, pandai-pandai di ubah-ubah. Sekarang, kenalah jalan kaki. Kasihanilah ayah ibu yang setiap hari bekerja mencari rezeki. Jangan membazirkan wang ayah dan ibu dengan merosakkan barang-barang yang mereka beli. Bye.

2 ulasan:

kakak solehah berkata...

sangat bermotivasi!!bg adik-adik yang sangat sayang kepada ibu bapa hargailah mereka..bukan senang nak mencari duit untuk menampung keluarga..dan kita sebagai nak yang baik haruslah memahami situasi ibu dan bapa kita..pesan akak-akak untuk adik-adik..belajarlah rajin-rajin sehingga berjaya kerana dengan kejayaan itulah dapat menggembirakan hati ibu dan ayah kita...jgn sesekali melawan cakap mereka..kelak akan menjadi anak derhaka..elakkan daripada membeli barang yang tidak berfaedah dgn mggunakan diut ibu bapa kita...

motivasi5k berkata...

Tk kakak Solehah kerana dapat berkongsi nasihat. Tk juga kerana sudi melayari motivasi5k.