Pening Basir masih belum reda. Bukan pening biasa ... tapi pening pemikiran. Pening yang mengganggu urusan harian. Duit yang diperlukan untuk membayar bil masih belum cukup. Semalam bil TNB datang lagi. Warna merah lagi. Internet dan telefon memang dah lama kena potong. Esok...
Khamis, Julai 28, 2011
Selasa, Julai 26, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan
Salam motivasi. Motivasi5k ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung yang dikasihi. Tidak kira di mana anda berada samada di laut, darat atau udara. Juga tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kepada para pengunjung tempatan dan luar negara. Semoga kalian sentiasa beroleh keberkatan daripada Ilahi. Amiiin.
Khamis, Julai 21, 2011
Pening Pening Pening!
Hari ini Basir pening lagi. Begitulah apabila menjelang tarikh puaka 20hb setiap bulan. Masa inilah macam-macam 'harimau' datang. Masa inilah 'kaki potong' datang...
Isnin, Julai 18, 2011
Shahida Terima Tawaran Masuk U
Ketika ana dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat minggu lalu, ana terima panggilan daripada Shahida
Selasa, Julai 12, 2011
Shahida Masih Di Kampung
Beberapa hari yang lalu, sempat juga ana bertanya kepada Shahida (Nak Masuk U), "Shahida tak menyesal ke tak pergi kerja di bandar? Kan gaji di sana banyak?".
Isnin, Julai 11, 2011
Ani ke Kolej
Semalam ana sempat bertemu dengan Ani (Straight A's). Memang dah lama ana tak jumpa dengan Ani. Pada kesempatan yang ada, sempat juga kami bersembang. Ani sekarang masuk form 6 di KISAS Klang. Walaupun agak kecewa kerana tak dapat masuk mana-mana U dan pusat pengajian tinggi yang lain. Paling mengecewakan Ani ialah
Ahad, Julai 10, 2011
Bisnes Toyol
Telah beberapa kali ana mendengar cerita darpada seorang guru yang hilang duit kerana dicuri oleh toyol. Pagi tadi, ketika ana buka pejabat untuk kelas tuisyen, cikgu itu cerita lagi. "Betul. Sudah puas akau berubat dan buang toyol tu.. tapi dia tetap datang juga. Bukan saya seorang saja yang hilang duit, jiran kiri kanan dan belakang rumah pun hilang duit juga. Teruk betullah!" bebel cikgu tersebut.
Cikgu tu terus membebel lagi. Dia kata kalau tuan toyol tu beli toyol RM1000... maka dia dapat RM1000 juga semalaman. Memang Lumayan. Kalau beli toyol yang RM500... maka dia dapat RM500 juga semalaman. Begitulah seterusnya. Katanya lagi, di Sg Besar ni ada stokis toyol. Jadi sesiapa yang nak bisnes toyol, bolehlah dapatkan stok toyol di stokis tersebut. Katanya lagi, stok toyol disimpan dalam peti kedap udara supaya toyol itu tidak dapat mendengar azan ketika azan dilaungkan! Sejauhmana kebenarannya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi ana ada juga mengesyorkan supaya cikgu itu mengambil rawatan pinggan putih Produk Annusyrah.
Sabtu, Julai 09, 2011
Selamat Bersukan Anak-Anakku
Hari ini 5 orang anak ana terlibat dengan sukan sekolah. Pagi-pagi lagi Safura, Muhammad, Musa, Isa dan Asmaa bangun. Begitu bersemangat sekali mereka memakai baju sukan sekolah yang baru. Mala tadi ana sudah belikan 2 buku roti untuk sarapan. namun pagi tadi, selepas solat subuh di masjid ana terus beli 3 bungkus bihon goreng untuk sarapan mereka. "Hah.. siapa nak kuat lari kenalah makan dulu." kata ana. Apa lagi, mereka pun makanlah.... licinnn. Kemudian ana bekalkan air limau nipis sebagai penghilang dahaga. Tiba di sekolah, masing-masing minta RM4 seorang. "Hai.. biasa RM1 je. Kenapa nak lebih?" tanya ana. Si Muhammmad dan Musa pun jawab, "Satu hari ni... mana cukup!". Ana pun bagilah juga sebab tak sampai hati pula rasanya. Selamat Bersukan Anak-Anakku. Semoga berjaya!
Khamis, Julai 07, 2011
Jatuh Miskin!
Pada catatan kali ini, motivasi5k telah terpanggil untuk menceritakan tentang perit maung seorang usahawan yang berjuang untuk bangkit daripada kejatuhan dalam perniagaan. Seperti biasa, kisah-kisah benar sebegini bukan senang untuk diperolehi. Basir (bukan nama sebenar) pula bukanlah seorang suka menceritakan hal peribadinya. Tambahan pula
Ahad, Julai 03, 2011
Kisah Ani dan Shahida
Ingat lagi kisah Ani (Staright A's) dan kisah Shahida (Nak Masuk 'U')? Memang lama benar kita tidak mendengar berita mereka. Motivasi5k sedang berusaha untuk memaparkan kisah terkini mereka untuk dijadikan teladan dan dorongan kepada para pelajar. Terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti perkembangan cerita mereka. Tk.
Langgan:
Catatan (Atom)