Ahad, Februari 27, 2011

Kemalangan 7 Kereta

Dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin di kampung tengahari tadi, ana terserempak dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan 7 buah kereta. Kejadian berlaku di kampung Sg Limau. Ana lihat berbagai jenis kenderaan dan berbagai bangsa yang terlibat. Pemandu paling belakang menjadi sasaran.... yang di tengah paling teruk.... yang paling depan paling ringan kerosakannya... Adakah kerana pandu terlalu laju atau kerana terlalau perlahan.  Salah Siapa?

Jumaat, Februari 25, 2011

Tahniah Untuk Asmad

Masih ingat lagi kisah Asmad? (Hinakah Saya?). Kisah seorang penyapu sampah di pasar. Ya... pagi tadi ana ke pasar. Nak beli santan dan bawang besar. Sampai saja di tempat parking, Asmad terus menegur dan bertanya khabar. Masih seperti dulu. Peramah dan baik hati. Lebih yakin dan tidak ada rasa terhina. Tahniah Asmad kerana berjaya meyakinkan diri bahawa kerja sebagai tukang sapu sampah juga adalah satu kerja yang mulia dan halal....

Khamis, Februari 24, 2011

Selamat Hari Lahir ke-12

Motivasi5k ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-12 kepada adik Keemasan. Semoga panjang usia, sihat walafiat. Semoga dapat belajar dengan lebih tekun sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA tahun ini. Semoga menjadi anak yang solehah. Semoga menjadi seorang kakak yang kasihkan adik-adik. Semoga sentiasa biberkati Allah. Jumpa lagi...

Rabu, Februari 23, 2011

Tahniah Untuk Shahida



Adik Shahida bersama rakan-rakan yang lain setelah mendapat slip keputusan
Motivasi5k ingin mengucapkan tahniah kepada adik Shahida kerana mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan STPM 2010 yang diumumkam Isnin lalu. Malah Shahida turut menjadi di antara 10 pelajar terbaik di sekolahnya. Semoga ianya akan menjadi suntikan semangat untuk terus belajar. Motivasi5k dimaklumkan bahawa Shahida akan ke sekolah lagi pada hari ini kerana nak isi borang 'U' bersama rakan-rakan dengan bimbingan guru. Pilihlah kursus yang terbaik, yang mudah dipelajari dan mudah pula untuk diajari. Beberapa kursus yang mungkin boleh difikirkan ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan Sunnah, Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin. Motivasi5k doakan semoga Shahida berjaya Masuk 'U'.

Ahad, Februari 20, 2011

Ani ke PLKN

Ani (Straigh A's) kini berada di PLKN Teluk Rubiah, Lumut. Memang pada mulanya Ani keberatan nak pergi... tapi dah terpaksa, apa nak buat. Mula-mula memang tak seronok, tapi sekarang Ani dah mula dapat sesuaikan diri. Insya-Allah ana akan ceritakan lagi kisah Ani selepas ini. Jumpa lagi...

Debaran Shahida

Ingat lagi dengan Shahida (Nak Masuk 'U'). Hari ni Shahida memang berdebar-debar. Maklumlah.. Esok dia nak ambil keputusan STPM. Buat masa ni, Shahida bekerja dengan ayahnya, membantu mengajar al-Quran mulai Januari 2011. Sepanjang bekerja, Shahida sudah dua kali dihantar berkursus oleh ayahnya, Kursus Asas Talaqqi dan Kursus Al-Barqy. Paling mengembirakannya ialah apabila hadir ke Kursus Al-Barqy yang diadakan di UIAM, Gombak. Sempat juga mengambil foto depan Kuliyyah Bahasa Arab. Kepada Shahida, ana ucapkan Selamat Berjaya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga dapat Masuk 'U'.

Jumaat, Februari 18, 2011

Kem Latihan Motivasi5k

Insya-Allah motivasi5k akan membina Kem Latihan dan Pusat Pengajian Al-Quran tidak lama lagi. Rumah Pusaka akan dibaik pulih. Kem Latihan berkonsepkan kampung ini dijangka akan dapat memuatkan sehingga 100 orang. Dilengkapi dengan dewan seminar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan tapak perkhemahan. Fasa 1 akan melibatkan kerja ubahsuai untuk kapasiti 40 orang dan dijangka siap Jun ini. Projek dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan sila hubungi ana di talian 013-2092280. Tk

Halalkah Gaji Anda?

Halalkah Gaji Anda? Itulah persoalannya. Ramai orang makan gaji tapi tak senang-senang.Mengapa ya? Di sini ana nak sembang-sembang mengapa orang makan gaji tak senang-senang. ..

Isnin, Februari 14, 2011

Diburu Masa

Jam 4.30 pagi Jumaat yang lalu ana dikejutkan dengan satau panggilan drp emak. "Abu... ni, Mak nak bagi tahu, Pak Su Juremi di Puchong dah meninggal. Kau nak pergi ke?

Ahad, Februari 06, 2011

Mandi Laut

Pagi semalam, ana memang kalut sikit. Selepas solat subuh di masjid, ana terus beli nasi lemak Pak Shakir yang membuka warung dalam kawasan masjid. Tiba di rumah, ana terus kejutkan anak-anak untuk solat subuh. Bukan main liatnya mereka...

Khamis, Februari 03, 2011

Mana Siak Kubur?

Selepas menghantar anak ke sekolah pada hari Jumaat yang lalu, ana terus ke kubur datu dan nenek. Dah lama juga ana tak ke sana. Ana tiba pada jam 7.30 pagi. Ana cuba masuk ke kawasan kubur itu. Tapi hanya setakat kolah air yang bertar sahaja. Pusara datuk dan nenek agak dihujung. Ana tengok tanah perkuburan itu dah menjadi macam belukar. Dipenuhi dengan semak samun. Ditambah pula dengan becak. Tak berani ana nak masuk. Jadi ana pun bertahlil di tepi kolah sahaja.... Kenapa kubur jadi semak ye? Mana Siak Kubur? Mana perginya JKK? Mana perginya JKKP?

Selasa, Februari 01, 2011

Lintasan Lembaga Manusia

Petang semalam ana didatangi seorang warga emas. Lewat 60an. Ana kenal dia sejak di kampung lagi. Lebih 15 tahun yang lalu. Memang ana pelanggan tetapnya. Setiap hari Khamis, pasti ana akan beli pecal jawa dan karipap pusing yang dijual di Pekan Sehari. Tapi sekarang ni mereka cuti berniaga kerana nak buat kenduri kahwin anak. Tambahan pula isterinya sering sakit-sakit. Dah merata klinik dia pergi tapi

Bebaskan Kami!

Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada A.F. Ust Mohd Nazeri dan rakan-rakan yang datang ke tempat ana malam Jumaat yg lalu. Terima kasih juga kepada A.F. Ust Hayat kerana memberi kata aluan secara langsung dalam majlis tersebut melalui loudspeaker h.p. Sungguh di luar jangkaan. Lebih 80 orang telah hadir. Walaupun team kami belum bersedia untuk membuat rawatan, tetapi masyarakat amat memerlukannya. Maklumbalas yang ana terima amat mengejutkan. Majoriti drp mereka berkata bahawa rawatan secara bulanan perlu diadakan. Seolah-olah mereka merayu 'bebaskan kami dari kesyirikan!' Ya Allah! Bantulah kami. Persoalannya.... kami belum bersedia untuk merawat. Padahal masyarakat memang cukup bersedia untuk dirawat! Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Apakah perancangan Kiswah bagi membantu masyarakat di Sg Besar supaya bebas drp 'kesyirikan' dalam perubatan?

*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com

Diajar 'Wali Allah'

Pagi semalam ana dikejutkan dengan ajakan rakan ana untuk bersarapan. Terkejut kerana moodnya yang luar biasa baiknya. Dia adalah salah seorang yang hadir dalam majlis malam jumaat yang lalu. "Abang Abu...jom minum" kata ringkas. Sebenarnya pada masa itu ana sedang menulis post baru dalam blog ana... dan bercadang nak join forum Kiswah. Ana pun tinggalkan komputer dan pergilah sarapan. Bukan ana je yang dia belanja, tapi 2 orang staf ana juga dia belanja.

Rakan ana menceritakan bahawa malam tadi dia mengubat seorang anak dara yang kena histeria. Bukan itu saja, dia juga sering dijemput oleh pihak sekolah menjadi 'jaga' dalam rombongan perkhemahan murid.Terkejut ana! Bila dia belajar ilmu perubatan Islam? Dah berjam-jam bercerita, akhirnya ana pun tanya drp mana dia belajar? Dia pun jawab dia bahawa dia belajar dari mimpi. Diajar oleh satu lembaga putih tetapi wajahnya tak jelas kelihatan. Katanya lagi... lembaga tu wali Allah! dalam keturunan mereka, hanya dia dan seorang sepupunya yang dapat mimpi ini. Neneknya dulu memang pandai berubat. Mulai dari saat itu, pandailah dia berubat.. Persoalannya.. Siapakah lembaga itu? Bolehkah dia mengamalkan ayat-ayat syifa yang diberi melalui mimpi? Jika amalan tersebut menyeleweng, bagaimanakah ana nak membantu beliau supaya bebas drp amalan tersebut?

*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com