Semalam, ana bersama 2anak perempuan balik kampung untuk ziarah bapa saudara yang sakit. Beliau merupakan sepupu emak ana. Memang ana kenalnya sejak kecil. Yelah...kami tinggal sekampung. Umur kami pun tak banyak beza... Ini adalah kali ketiga ana ziarah paman. Ana ziarah ni pun kerana nak pujuk paman untuk membuat rawatan rukyah petang semalam.
Sampai saja di rumah paman, ana terus beri salam dan tunggu sebentar. Tak lama kemudian ana terdengar bibik panggil ana masuk rumah. Kami pun masuk dan duduk. Tak lama kemudia paman pun keluar dan duduk sebelah ana.. Terkejut melihat keadaannya yang semakin cengkung, pucat dan lesu. Ziarah ana kali kedua, paman tak boleh tinggal di rumahnya... tapi selepas rawatan kampung, paman tak boleh tinggalkan rumah! Sedih sungguh ana melihatnya. Dah puas ana pujuk paman supaya dapatkan rawatan rukyah tapi paman tetap enggan keluar rumah...
Ana pun tak tahu apa jenis penyakitnya...tapi ana tetap berdoa semoga paman cepat sembut...