Jumaat, Mei 18, 2018

Ujian atau Musibah?

bismillah,
assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi jumaat yang mulia ini ana nak kongsi sikit tentang kehidupan kita. Adakalanya senang adakalanya susah. Ketika senang, kita mudah terlupa. Ketika mewah kita mudah bermegah.

Apakah ujian hidup itu hanya untuk mereka yang miskin?
Apakah ujian hidup itu tidak dihadapi oleh mereka yang kaya?

Biasanya kita menilai rezeki itu hanya dari kebendaan. Rezeki2 lain kurang kita syukuri.
Sebenarnya, susah senang kita boleh jadi ujian Allah ataupun musibah daripada Allah.
Kita kenalah muhasabah mengapa ianya berlaku ke atas diri kita.
Bulan ramadhan ni adalah bulan pengampunan. Ayuh kita memohon ampun kepadaNya daripada segala dosa dan noda.


Tiada ulasan: