Alhamdulillah. Projek Fasa 1 Pusat Pengajian Al-Quran di kampung sudah hampir siap. Insya-Allah bulan ini kelas Al-Quran akan dimulakan. Terima kasih tidak terhingga kepada staf ana, Abdullah yang gigih mencantikkannya seorang diri. Hanya tinggal sebahagian dinding dan wiring dewan kuliah masih belum siap. Kepuasan yang tidak terhingga ana rasakan. Buat masa ini ana gunakan apa sahaja sumber yang ada. Kayu-kayu lama dikutip semula, dibersihkan, disapu minyak dan akan digunakan semula. Terpaksalah ana keluarkan sedikit duit belanja rumah untuk menjayakannya. Orang kampung pula sudah mula bertanya bila kelas al-Quran akan dimulakan. Memang ramai para ilmuan, tetapi tidak ramai yang sanggup untuk mengajar budak-budak mengaji...
Doakan ana semoga pengujudan Pusat Pengajian Al-Quran ini menjadi kenyataan. Memberi manafaat kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat. Amiiin.
Doakan ana semoga pengujudan Pusat Pengajian Al-Quran ini menjadi kenyataan. Memberi manafaat kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat. Amiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan