Ramadhan 1436H telah berlalu. bagi orang yang beriman dan beramal soleh, pemergian Ramadhan terus ditangisi. Bulan 'bonus' kepada mereka....bukan bonus RM500, bukan bonus setengah bulan gaji, bukan juga bonus sebulan gaji....tetapi 'bonus' seribu bulan!
Sebulan Ramadhan mendidik kita, bukan sahaja menjaga perkara yang membatalkan puasa tetapi lebih daripada itu. Ramadhan mendidik kita memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Itulah hakikatnya!
Namun mampukah hati kita yang keras ini dilenturkan oleh Ramadhan, mampukah lidah kita yang berbisa ini ditawarkan oleh Ramadhan, mampukah rasa bongkak kita ditundukkan oleh Ramadhan? Bila Syawal menjelang, kita akan dikelaskan kepada tiga golongan...
Pertama, orang yang beroleh beruntung dan ketaatan yang dapat meneruskan amalan baik di bulan Ramadhan.
Kedua, orang yang sebelum Ramadhan mereka lalai, semasa Ramadhan mereka rajin beramal dan apabila habis Ramadhan mereka kembali kepada kelalaian.
Ketiga, orang yang tidak peduli akan kehadiran Ramadhan, kekal dengan kemalasan, kelalain dan kemaksiatan. maka mereka termasuklah dalam orang yang rugi lagi merugikan.
Ayuh semua! Teruskan amalan baik kalian di bulan Ramadhan. Beristiqamahlah! Semoga Ramadhan yang lalu dapat mendidik kita menjadi insan soleh dan solehah, menjadi insan yang lebih berhemah dan berakhlak!