Pertama sekali ana hendak minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak membuat catatan baru. Ramai juga kenalan yang call ana minta buat posting baru. Maaf ye...
Setiap kali tiba tahun baru, kita pun akan buat azam baru. Tidak kira tahun Hijrah ataupun tahun Masihi. Memang sudah menjadi lumrah manusia biasa membuat azam baru walaupun kadang-kadang azam tahun lalu masih ada yang belum dilaksanakan.
Ana pun sama juga, tahun ini ana berazam hendak baiki kelemahan diri, tingkatkan usaha untuk mengembangkan perniagaan dan pengajian al-Quran. Doakan agar ana mencapai cita-cita murni ini.
Bertuahkah tahun 2013 ini? Ana pun tidak pasti. Yang pasti kita mesti terus ber-DUIT.
Ber-Doa
Ber-Usaha
Ber-Istiqamah
Ber-Tawakkal
Semoga tahun 2013 memberi tuah kepada kita semua! Takbir!