assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat menghadapi peperiksaan PT3 ana ucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara. Semoga Allah memberi kalian ketenangan, kesabaran dan kebijaksaan ketika menjawb soalan. Ana doakan semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang.
Isnin, Oktober 13, 2014
Khamis, Julai 10, 2014
Mari Kita Bersyukur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga kalian semua sihat walafiat.
Semoga ibadat puasa yang sedang kita lalui ini dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersyukur.
Bersyukurlah kita kerana kita diberi nikmat iman dan Islam,
bersyukurlah kita kerana kita dipanjangkan umur dalam sihat walafiat, dan
bersyukurlah kita kerana kita diberi rezeki yang halal lagi mencukupi...
Alhamdulillah.
Semoga kalian semua sihat walafiat.
Semoga ibadat puasa yang sedang kita lalui ini dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersyukur.
Bersyukurlah kita kerana kita diberi nikmat iman dan Islam,
bersyukurlah kita kerana kita dipanjangkan umur dalam sihat walafiat, dan
bersyukurlah kita kerana kita diberi rezeki yang halal lagi mencukupi...
Alhamdulillah.
Isnin, Jun 23, 2014
'Bertapa'
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Enam bulan tidak bertemu di alam maya sudah tentu banyak perkara telah berlaku. Ada suka ada duka, ada yang manis dan ada pula yang pahitnya. Itulah lumrah kehidupan.
Bagi ana, enam bulan tidak membuat post baru merupakan satu 'kehilangan' idea. Namun disebalik apa yang berlaku itu tentu sahaja ada hikmahnya. Selama enam bulan ini ibarat ana sedang 'bertapa' menuntut ilmu dan pengalaman baru. Kisah-kisah Asrama Desa, Azam Anak Desa, Bangkit, Istiharah, Kasih Ayah Dan Man Jadda Wajada masih dalam ingatan.
Insya-Allah ana akan berkongsi dengan kalian kisah-kisah mereka di dalam posting akan datang.
Terima kasih.
Apa khabar semua? Enam bulan tidak bertemu di alam maya sudah tentu banyak perkara telah berlaku. Ada suka ada duka, ada yang manis dan ada pula yang pahitnya. Itulah lumrah kehidupan.
Bagi ana, enam bulan tidak membuat post baru merupakan satu 'kehilangan' idea. Namun disebalik apa yang berlaku itu tentu sahaja ada hikmahnya. Selama enam bulan ini ibarat ana sedang 'bertapa' menuntut ilmu dan pengalaman baru. Kisah-kisah Asrama Desa, Azam Anak Desa, Bangkit, Istiharah, Kasih Ayah Dan Man Jadda Wajada masih dalam ingatan.
Insya-Allah ana akan berkongsi dengan kalian kisah-kisah mereka di dalam posting akan datang.
Terima kasih.
Jumaat, September 13, 2013
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2013
Dari 18Nov-19Dis 2013 (5 minggu / 20 hari)
Hari Isnin-Khamis
Kelas mula jam 9.00 pg. Daftar akhir pada Isnin 18/11/2013.
Isikan masa cuti persekolahan anak anda dengan mengikuti
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2013
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2013
Pilihlah kelas-kelas yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca mereka sebagai persediaan sesi persekolahan tahun 2014. Pendaftaran hanya RM20 shj!
Daftarlah Sekarang! Terhad kepada 15 orang/kelas.
Pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan.
1. KELAS CEPAT BACA
Merupakan
kelas paling laris pada musim cuti. Amat sesuai untuk anak anda yang
berumur 6 tahun dan 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca
atau lambat membaca. Menggunakan kaedah fonetik tanpa eja. Membantu anak
anda membaca dengan lebih cepat dan lancar.
Subjek: BM, BI dan Jawi
2. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
Kelas
ini memberi tumpuan kepada aspek penguasaan topik dan latihan
pengukuhan mengikut tahun pembelajaran. Dikendalikan dalam kelas
berasingan. Anak anda akan dibimbing, diberi kefahaman dan latihan
mengikut topik. Sangat berkesan bagi tujuan memahami dan menguasai
sesuatu topik. Amat sesuai untuk anak anda yang akan memasuki Th 1-6
pada tahun 2014. Subjek: BM, BI, Math dan Sc
3. KELAS AL-BARQY
Anak
anda boleh membaca al-Quran lebih awal lagi. Kaedah al-Barqy amat
menarik dan berkesan kerana selari dengan pengajaran Bahasa Arab.
Pendekatan kata kunci menjadi titian ingatan untuk memahami topik baru.
Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun ke atas dan masih belum
boleh membaca al-Quran.
4. KELAS TAJWID AL-BARQY
Anak
anda boleh belajar Tajwid dengan mudah dan berkesan. Kaedah al-Barqy
amat berkesan kerana bacaan bertajwid diajar secara amali mengikut
sebutan Bahasa Arab. Amat sesuai untuk anak anda yang sudah boleh
membaca al-Quran tetapi masih lemah dari segi pembacaan bertajwid.
5. KELAS FARDHU AIN
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
Kelas
ini diadakan khusus untuk membimbing anak anda tentang ilmu fardhu ain.
Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah bersuci, air, najis,
Istinjak, hadas, wuduk, mandi dan solat. Pada masa kini ramai di
kalangan anak-anak kita yang masih belum menguasai secara teori dan
amali tentang tajuk-tajuk yang akan disentuh.
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
Kelas
amali
ini diadakan secara percuma khusus untuk anak anda yang mengikuti Pakej
Kelas Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy ATAU Kelas Fardhu Ain dan Kelas
Al-Quran.
Kelas yang ditawarkan
1. CEPAT BACA
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Jawi
2. PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Mathematics
· Science
3. AL-BARQY
4. TAJWID AL-BARQY
5. FARDHU AIN
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
5. FARDHU AIN
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
7. AL-QURAN
Tentatif Kelas (Isnin-Khamis)
9.00pg-12.00tgh
Cepat Baca BM dan BI
10.45pg-1.00tgh
Cepat Baca BI dan Jawi
9.00pg-1.00tgh
Cepat Baca BM, BI dan Jawi
9.00pg-12.00tgh
Pengukuhan Subjek Th 1-6
BM dan SC, BI dan Math
2.30-3.30ptg
Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy
3.30-4.30ptg
Fardhu Ain
4.30-5.00ptg
Solat Asar (Amali Wuduk dan Solat)
Di mana kelas diadakan?
Kelas Intensif Musim Cuti diadakan di
Pusat Pendidikan dan Latihan,
Fast Learning Associates,
Taman Padu Permai, Sg Besar.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Kelas Intensif Musim Cuti diadakan di
Pusat Pendidikan dan Latihan,
Fast Learning Associates,
Taman Padu Permai, Sg Besar.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
FAST LEARNING ASSOCIATES (001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sg Besar, Selangor
(Berdekatan BOMBA Sg Besar, bersebelahan Klinik 1 Malaysia)
Tel/Faks : 03-3224 1278 Mobile/WhatsApp : 013-209 2280
Blog : http://motivasi5k.blogspot.com
Daftar melalui SMS :
Taip NAMA . UMUR . KELAS PILIHAN . MASA dan hantar ke 013-2092280
Selasa, Ogos 27, 2013
Teruskan Beramal di Bulan Syawal
Salam sejahtera. Ramadhan telah berlalu. Syawal pulan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Beruntunglah kepada sesiapa yang telah sempurna puasa Ramadhan, bersolat Tarawih dan membayar zakat fitrah. Lebih beruntung lagi kepada sesiapa yang telah selesai puasa sunat 6 hari di bulan syawal, ibarat berpuasa sepanjang tahun.
Memang susah hendak mendidik jiwa ketika bulan di Ramadhan. Lebih susah lagi jika kita ingin mengekalkan amalan mulia yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Menahan makan minum di siang hari memang ramai yang mampu melaksanakannya. Namun berapa ramai dari kalangan kita yang berjaya menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Lebih susah lagi ialah untuk melawan penyakit hati dan hawa nafsu.
Ada di kalangan kita yang berpuasa tetapi masih lagi mengekalkan tabiat mengumpat. Lebih sedih lagi apabila tabiat mengumpat ini dibuat selepas tadarus al-Quran di masjid. Ada pula yang berbelanja besar untuk menyambut hari raya, sedangkan ibubapa di kampung masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada pula yang mudah bersedekah bagi mendapat ganjaran besar di bulan Ramadhan, sedangkan adik beradik mereka dan kaum kerabat masih ada yang tidak mampu membeli pakaian baru untuk anak-anak.
Wahai rakan, ketika kita makan besar, ingat-ingatlah orang tua di kampung. Ketika kita bergembira bersama keluarga, ingat-ingatlah para balu dan anak yatim. Ketika kita menyambut hari raya dalam keamanan, ingat-ingatlah saudara Islam kita di Mesir, Syria, Palestin dan di seluruh dunia yang sedang berperang menentang 'syaitan' dunia! Takbir!
Ahad, Mei 26, 2013
Cuti Lagi...
Cuti sekolah datang lagi. 14 hari. wooooh! Ada yang suka ada yang kurang suka dan ada yang tidak suka. Paling suka ialah murid-murid dan pelajar-pelajar yang sedang bercuti. Ibu bapa juga suka anak-anak mereka bercuti keran boleh balik kampung bersama dan bercuti. Tapi paling tidak suka ialah ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka daripada bergaul dengan rakan-rakan yang kurang baik. Tentu sahaja mereka lebih suka anak mereka ke sekolah.
Kepada para guru, pelajar dan murid yang terlibat dengan kelas tambahan, ana ucapkan syabas kerana masih tekun belajar di hari cuti ini...
Rabu, Mei 15, 2013
Warkah Untuk Guru
Ketika zaman nakal kami dahulu,
kami sering dimarah dan dihukum,
kami juga pernah diusir dari kelas.
Namun kini segalanya telah berubah,
sejak kami tinggal di Asrama Desa,
sejak kami belajar di SKBT,
kami mendapat sinar baru,
kami mendapat harapan baru,
kami mendapat semangat baru,
Cikgu,
Ketika kami dalam kegelapan,
engkau berikan kami cahaya.
Ketika kami dalam kedukaan,
engkau berikan kami ceria.
Ketika kami dalam kesusahan,
engkau berikan kami bahagia.
Sememangnya kami ingin berubah,
tapi kami tak tahu cara nak berubah,
sememangnya kami ingin berjaya,
tapi kami tak tahu cara nak berjaya,
sememangnya kami ingin cemerlang,
tapi kami tak tahu cara nak cemerlang.
Cikgu,
Jika kami terlajak kata, tegurlah kami,
jika kami terlajak laku, bimbinglah kami,
jika kami lalai dan alpa, nasihatilah kami,
kami ibarat kain yang putih,
asuhlah kami, didiklah kami,
agar kami menjadi insan yang berguna,
agar kami menjadi insan yang cemerlang,
agar kami menjadi insan yang soleh.
Cikgu,
Terima kasih kerana mengajar kami membaca,
terima kasih kerana mengajar kami menulis,
terima kasih kerana mengajar kami mengira.
kami doakan,
semoga cikgu dirahmati Allah,
semoga cikgu panjang umur,
semoga cikgu sihat sejahtera,
semoga cikgu dikurniakan rezeki yang halal,
semoga cikgu terus membimbing kami,
semoga cikgu terus mendidik kami,
semoga cikgu terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Akhirnya, kami ucapkan
SELAMAT HARI GURU
kepada warga pendidik SKBT dan Asrama Desa,
Sekian terima kasih,
Ikhlas daripada,
AHMAD DAN ALI
Tahun 6
SKBT
16 Mei 2013
Selasa, Mei 14, 2013
Kutubkhanah
Sejak dua minggu lalu ana amat sibuk menguruskan pengujudan kutubkhanah baru di kedai ana. Asalnya anak kedua cadangkan buku-buku lama di jual ke pusat kitar semula. namun ana fikir daripada buang begitu sahaja, ada baiknya ana susun atas rak untu dijadikan kutubkhanah. Buku paling lama dalam koleksi kutubkhanah ana ialah buku-buku tahun 1950an dan 1960an. Selain itu terdapat juga buku-buku agama, akademik, ilmiah, kesihatan dan buku kanak-kanak. Terdapat juga siri buku STPM aliran agama tulen dan buku pengajian Bahasa Arab.
Matlamat penubuhan kutubkhanah ini adalah untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat. Kepada sesiapa yang ada buku-buku atau majalah lama, terpakai dan baru yang ingin disumbangkan bolehlah hubungi ana di talian 013-2092280. Semoga sumbangan kalian akan dapat dimanafaatkan oleh masyarakat. Terima kasih.
Isnin, Mei 13, 2013
Mandikan Kucing
Nak jadi ceritalah pulak.. pagi tadi ana mandikan kucing. Bukanlah kucing ana, tapi kucing ni memang asyik berlegar di kedai ana. Manja sungguh bermain dengan anak-anak ana, Asmaa', Sumayyah, Syafiyyah dan Ibrahim. Ana bukannya tak bagi main kucing tu, tapi baunya semacam je... Jadi pagi ni ana pun mandikanlah kucing tu....kuranglah sikit baunya.... kuranglah sikit kutunya...
Terfikir juga ana kalau suami atau isteri tak mandi berminggu-minggu, macamana ye...
Jumaat, Mei 10, 2013
PRU13 : Medan Muhasabah Diri
PRU13 telah berlalu. Sudah menjadi adat bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang. Calon yang menang melonjak kegembiraan. Calon yang kalah pula tunduk kesedihan. Itulah adat berlawan.Namun di pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, di waktu dhuha ini... marilah kita bermuhasabah diri. Jadikan PRU13 sebagai Medan Muhasabah Diri. Fikirlah secara positif.
Jika kalah, mengapa kalah? Adakah kerana ditipu lawan atau kesalahan diri sendiri. Jangan salahkan pengundi kerana tidak menyokong, tetapi sejauh mana anda mendekati mereka selama ini. Apakah sumbangan anda selama ini? Cukupkah dengan janji-janji manis peringkat persekutuan yang digembar-gemburkan? Cukupkah dengan kehebatan pemimpin anda yang dicanang-canangkan? Cukupkah dengan slogan Melayu dan Islam? Cukupkah?
Sepatutnya anda lebih mencanangkan kelebihan diri anda, perancangan anda untuk membantu masyarakat setempat dan membangunkan kampung/kawasan mereka. Inilah keperluan mereka! Bukannya hendak mendengar kepincangan pihak lawan sehingga sanggup mem-'bogel'-kan mereka... Jika ini sikap anda, adakah Allah akan membantu anda?
Jika menang, mengapa anda menang? Adakah kemenangan itu wajar anda terima atau tidak. Jangan mendabik dada kononnya anda seorang pemimpin yang hebat jika anda sendiri tidak pernah mendekati hati rakyat. Jika anda sendiri hanya muncul lima tahun sekali, wajarkah anda menang? Adakah kemenangan itu kerana kepemimpinan anda atau kerana anda mewakili sebuah parti yang dominan di kawasan anda? Lebih malang lagi jika kemenangan anda ada unsur penipuan dan rasuah! Jika ini yang berlaku, maka segeralah bertaubat! Mohon keampunan. Jika inilah cara kemenangan anda, adakah Allah akan membantu anda? Mampukah anda menjadi pemimpin yang adil dan dikasihi rakyat? Mampukah?
Ayuh! Bersatulah kita! Bersatulah kita hendaknya Satu Bangsa, Satu Agama dan Satu Negara!
Turun Padang
Sejak Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, ana tidak Turun Padang. Yalah, sudah lebih lapan bulan. Badan ana pun sudah mula berisi, lutut mula sakit-sakit dan kurang ketenangan. Setelah fikir habis-habis, ana pun mula Turun Padang minggu lalu. Memang sebahagiann daripada aktiviti renggangan sudah ana lupa stepnya. Namun demi mengembalikan kesihatan yang baik, tenaga yang cukup, maka ana pun paksa diri untuk Turun Padang.
Woooooh! Penat juga. Hampir sejam ana berjalan biasa, berjalan laju dan berlari. Itulah akibatnya jika kita tidak melakukan secara istiqamah. Jom Turun Padang. Lakukan Terapi Azan secara istiqamah. Setelah lebih seminggu ana lakukan, alhamdulillah ana semakin sihat dan kuat! Jom sihat tanpa ubat!
Jumaat, Mei 03, 2013
Jom Pergi Mengundi!
Jom kita pergi mengundi Ahad ini, 5 Mei 2013. Kepada mereka yang telah daftar mengundi dan layak mengundi, jangan abaikan tanggungjawab ini. Pilihlah pemimpin yang terbaik.Itulah yang dipesan oleh PM kita dan lain-lain pemimpin negara. Semua parti yang bertanding termasuklah daripada parti bebas mendakwa merekalah yang terbaik. Namun janji-janji manis dan lawatan 5 tahun sekali tidak cukup untuk menjamin kemenangan. Pengundi sekarang semakin matang! Pengundi berhak membuat pilihan. Pilih pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan tulen yang menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
Selasa, Januari 08, 2013
Bertuahkah Tahun 2013?
Pertama sekali ana hendak minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak membuat catatan baru. Ramai juga kenalan yang call ana minta buat posting baru. Maaf ye...
Setiap kali tiba tahun baru, kita pun akan buat azam baru. Tidak kira tahun Hijrah ataupun tahun Masihi. Memang sudah menjadi lumrah manusia biasa membuat azam baru walaupun kadang-kadang azam tahun lalu masih ada yang belum dilaksanakan.
Ana pun sama juga, tahun ini ana berazam hendak baiki kelemahan diri, tingkatkan usaha untuk mengembangkan perniagaan dan pengajian al-Quran. Doakan agar ana mencapai cita-cita murni ini.
Bertuahkah tahun 2013 ini? Ana pun tidak pasti. Yang pasti kita mesti terus ber-DUIT.
Ber-Doa
Ber-Usaha
Ber-Istiqamah
Ber-Tawakkal
Semoga tahun 2013 memberi tuah kepada kita semua! Takbir!
Rabu, November 07, 2012
Daftar Kelas Intensif Musim Cuti
Pendaftaran Murid Kelas Intensif Musim Cuti telah bermula. Pendaftaran boleh dibuat melalui SMS atau datang ke pejabat Fast Learning. Terhad kepada 15 orang/kelas. Jangan tunggu lagi. Daftarlah Sekarang!
Selasa, September 25, 2012
Cari Anak di Tengah Malam
Pada hari ketujuh malam kelapan, Ali dan Ahmad langsung tidak balik ke rumah. Sehingga jam 1.00 pagi masih belum pulang. Pak Salleh dan isteri berkali-kali telefon ke handphone yang mereka bawa, namun tida jawapan. SMS tidak dijawabnya. Pak Salleh mula risau. Isteri Pak Salleh lebih-lebih lagilah risau. Tidak henti-henti mencuba telefon. Pantang sungguh bagi mereka jika anak mereka tidur di rumah orang pada waktu malam. Tiba-tiba telefon diangkat... tetapi bukanlah Ali dan Ahmad yang menjawabnya. Seorang wanita pertengahan umur menjawab. Rupa-rupanya Ali dan Ahmad sudah lena dibuai mimpi di rumah nenek kawan mereka 7 km dari rumah mereka.
Tanpa berlengah lagi, mereka terus mencari rumah tersebut kerana jam sudah 1.30 pagi. Setelah puas mencari, akhirnya bertemu jugalah mereka dengan rumah tersebut....
Khamis, September 20, 2012
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2012
Dari 19Nov-20Dis 2012 (5 minggu / 20 hari)
Hari Isnin-Khamis
Kelas mula jam 9.00 pg. Daftar akhir pada Isnin 12/11/2012.
Isikan masa cuti persekolahan anak anda dengan mengikuti
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2012
KELAS INTENSIF MUSIM CUTI 2012
Pilihlah kelas-kelas yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca mereka sebagai persediaan sesi persekolahan tahun 2013. Pendaftaran hanya RM20 shj!
Daftarlah Sekarang! Terhad kepada 15 orang/kelas.
Pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan.
1. KELAS CEPAT BACA
Merupakan
kelas paling laris pada musim cuti. Amat sesuai untuk anak anda yang
berumur 6 tahun dan 7 tahun ke atas tetapi masih belum boleh membaca
atau lambat membaca. Menggunakan kaedah fonetik tanpa eja. Membantu anak
anda membaca dengan lebih cepat dan lancar.
Subjek: BM, BI dan Jawi
2. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
Kelas
ini memberi tumpuan kepada aspek penguasaan topik dan latihan
pengukuhan mengikut tahun pembelajaran. Dikendalikan dalam kelas
berasingan. Anak anda akan dibimbing, diberi kefahaman dan latihan
mengikut topik. Sangat berkesan bagi tujuan memahami dan menguasai
sesuatu topik. Amat sesuai untuk anak anda yang akan memasuki Th 1-6
pada tahun 2013. Subjek: BM, BI, Math dan Sc
3. KELAS AL-BARQY
Anak
anda boleh membaca al-Quran lebih awal lagi. Kaedah al-Barqy amat
menarik dan berkesan kerana selari dengan pengajaran Bahasa Arab.
Pendekatan kata kunci menjadi titian ingatan untuk memahami topik baru.
Amat sesuai untuk anak anda yang berumur 6 tahun ke atas dan masih belum
boleh membaca al-Quran.
4. KELAS TAJWID AL-BARQY
Anak
anda boleh belajar Tajwid dengan mudah dan berkesan. Kaedah al-Barqy
amat berkesan kerana bacaan bertajwid diajar secara amali mengikut
sebutan Bahasa Arab. Amat sesuai untuk anak anda yang sudah boleh
membaca al-Quran tetapi masih lemah dari segi pembacaan bertajwid.
5. KELAS FARDHU AIN (Baru!)
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT (Baru!)
7. KELAS AL-QURAN (Baru!)
Kelas
ini diadakan khusus untuk membimbing anak anda tentang ilmu fardhu ain.
Di antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah bersuci, air, najis,
Istinjak, hadas, wuduk, mandi dan solat. Pada masa kini ramai di
kalangan anak-anak kita yang masih belum menguasai secara teori dan
amali tentang tajuk-tajuk yang akan disentuh.
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT (Baru!)
Kelas
amali
ini diadakan secara percuma khusus untuk anak anda yang mengikuti Pakej
Kelas Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy ATAU Kelas Fardhu Ain dan Kelas
Al-Quran.
7. KELAS AL-QURAN (Baru!)
Kelas
ini diadakan khusus untuk anak anda yang telah tamat membaca al-Quran
dan ingin mengulang bacaan secara talaqqi musyafahah.
Kelas yang ditawarkan
1. CEPAT BACA
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Jawi
2. PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Mathematics
· Science
3. AL-BARQY
4. TAJWID AL-BARQY
5. FARDHU AIN
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
5. FARDHU AIN
6. AMALI WUDUK DAN SOLAT
7. AL-QURAN
Tentatif Kelas (Isnin-Khamis)
9.00pg-12.00tgh
Cepat Baca BM dan BI
10.45pg-1.00tgh
Cepat Baca BI dan Jawi
9.00pg-1.00tgh
Cepat Baca BM, BI dan Jawi
9.00pg-12.00tgh
Pengukuhan Subjek Th 1-6
BM dan SC, BI dan Math
2.30-3.30ptg
Al-Barqy/Tajwid Al-Barqy
3.30-4.30ptg
Fardhu Ain
4.30-5.00ptg
Solat Asar (Amali Wuduk dan Solat)
5.00-6.00ptg
Al-Quran (Talaqqi Musyafahah)
Di mana kelas diadakan?
Semua Kelas Intensif Musim Cuti 2012 diadakan di
Pusat Pendidikan dan Latihan,
Fast Learning Associates,
Taman Padu Permai, Sg Besar.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Semua Kelas Intensif Musim Cuti 2012 diadakan di
Pusat Pendidikan dan Latihan,
Fast Learning Associates,
Taman Padu Permai, Sg Besar.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
FAST LEARNING ASSOCIATES (001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai, 45300 Sg Besar, Selangor
(Bersebelahan bangunan BOMBA Sg Besar)
Tel/Faks : 03-3224 1278 Mobile : 013-209 2280
Blog : http://motivasi5k.blogspot.com
Daftar melalui SMS :
Taip NAMA . UMUR . KELAS PILIHAN . MASA dan hantar ke 013-2092280
Sabtu, September 01, 2012
Merdekakah Kita?
Salam Kemerdekaan kepada semua pengunjung. Setelah 55 tahun merdeka, tentu sahaja negara kita banyak mencapai kemajuan demi kemajuan. Namun Merdekakah Kita?
Walaupun kita merdeka daripada penjajah, namun ana amat sedih kerana semakin lama kita merdeka semakin rapuh pula semangat bersatu padu kita. Jika sebelum merdeka, bangsa kita digeruni, dikagumi dan disanjungi kerana keberanian dan penyatuannya, namun kini tidak lagi. Bangsa lain menjadi rebutan dan penentu bagi meraih kemenangan untuk memerintah. Mengapa bangsaku lemah kini?... Mengapa?...
Perpecahan bangsa Melayu menyebabkan bangsa lain mudah mengambil kesempatan. Bangunlah bangsaku! Bersatulah kita! Jadilah kita pemimpin yang sejati agar kita tidak dipimpin oleh bangsa asing lagi...
Khamis, Ogos 30, 2012
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri ana ucapkan kepada semua pengunjung. Maaf kerana sudah lama tidak membuat catatan baru. Maaf dipinta jika ada terlajak bicara. Maaf juga dipinta jika ada terkasar bahasa. Semoga Hari Raya ini memberi erti yang amat mendalam dalam hidup kalian. Jadikan Ramadan yang lalu sebagai Kem Tarbiah diri. Apakah amalan-amalan baik di bulan Ramadan masih mampu kita lakukan pada bulan Syawal dan seterusnya? Mampukah kita berpuasa sunat? Mampukah kita bersolat witir setiap malam sebelum tidur? Mampukah kita melakukan solat dhuha setiap pagi? Mampukah kita membaca al-Quran 5 muka surat setiap hari? Mampukah???
Jumaat, Ogos 03, 2012
Mana Bendera Malaysia?
Hari Merdeka semakin hampir. Namun bendera Malaysia masih belum kelihatan di mana-mana. Di rumah, di premis perniagaan, di bangunan kerajaan dan di kenderaan. Tidak seperti tahun-tahun lalu.... Mana perginya Jalur Gemilang? Sudahkah anda mengibarkannya?
Langgan:
Catatan (Atom)