Memaparkan catatan dengan label Motivasi Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Al-Quran. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 04, 2011

Tadarus Al-Quran

Fast Learning telah menganjurkan Program Tadarus sempena bulan Ramadhan ini. Program ini telah bermula pada 1 Ramadhan lalu bertempat di pejabat Fast Learning. Bermula dari jam 10.15 malam hingga 11.30 mlm. Penyertaan dibuka hanya kepada mereka yang mengikuti kelas talaqqi sahaja. Setakat ini lima terdapat lima orang peserta. Mereka ialah Ust. Kamarudin, Cikgu Mohamad, Hj Masazhar, En Yasril dan En Hashim. Tahniah kami ucapkan kepada mereka. Semoga mutu bacaan al-Quran mereka akan bertambah baik.

Ahad, Julai 10, 2011

Bisnes Toyol

Telah beberapa kali ana mendengar cerita darpada seorang guru yang hilang duit kerana dicuri oleh toyol. Pagi tadi, ketika ana buka pejabat untuk kelas tuisyen, cikgu itu cerita lagi. "Betul. Sudah puas akau berubat dan buang toyol tu.. tapi dia tetap datang juga. Bukan saya seorang saja yang hilang duit, jiran kiri kanan dan belakang rumah pun hilang duit juga. Teruk betullah!" bebel cikgu tersebut.
Cikgu tu terus membebel lagi. Dia kata kalau tuan toyol tu beli toyol RM1000... maka dia dapat RM1000 juga semalaman. Memang Lumayan. Kalau beli toyol yang RM500... maka dia dapat RM500 juga semalaman. Begitulah seterusnya. Katanya lagi, di Sg Besar ni ada stokis toyol. Jadi sesiapa yang nak bisnes toyol, bolehlah dapatkan stok toyol di stokis tersebut. Katanya lagi, stok toyol disimpan dalam peti kedap udara supaya toyol itu tidak dapat mendengar azan ketika azan dilaungkan! Sejauhmana kebenarannya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi ana ada juga mengesyorkan supaya cikgu itu mengambil rawatan pinggan putih Produk Annusyrah.

Sabtu, April 16, 2011

Selamat Berjuang Guruku!

Ketika catatan ini dibuat, ana baru habis ikuti kelas talaqqi di tempat ana. Kedatangan malam ni ada 10 orang. Alhamdulillah. Bagi ana, kesalahan yang masih sering ana lakukan ialah tentang ra nipis dan ra tebal. Ada juga rakan-rakan yang ditegur tentang huruf sin dan shad. Cuma ana risau jika guru ana akan sambung belajar lagi ke luar negara... sedih juga. tapi demi masa depan guru, demi masa depan pengajian al-Quran, maka ana redha. Selamat Berjuang Guruku!

Ahad, April 10, 2011

Menerima Sebelum Memberi

Ketika sedang mendengar kuliah Maghrib di masjid semalam, ana dikejutkan dengan teguran M..

Rabu, April 06, 2011

Ujian Prestasi

Terkejut peserta-peserta kelas Tahsin Al-Qiraat yang diadakan di tempat ana malam ni. Ada pula ujian bulanan.

Sabtu, Mac 05, 2011

Buat Air Zam-Zam

Minggu lalu, Sg Besar digemparkan dengan Road Show 'rawatan Islam' oleh seorang pengamal dari utara. Memang hebat..

Jumaat, Februari 18, 2011

Kem Latihan Motivasi5k

Insya-Allah motivasi5k akan membina Kem Latihan dan Pusat Pengajian Al-Quran tidak lama lagi. Rumah Pusaka akan dibaik pulih. Kem Latihan berkonsepkan kampung ini dijangka akan dapat memuatkan sehingga 100 orang. Dilengkapi dengan dewan seminar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan tapak perkhemahan. Fasa 1 akan melibatkan kerja ubahsuai untuk kapasiti 40 orang dan dijangka siap Jun ini. Projek dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan sila hubungi ana di talian 013-2092280. Tk

Selasa, Februari 01, 2011

Bebaskan Kami!

Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih kepada A.F. Ust Mohd Nazeri dan rakan-rakan yang datang ke tempat ana malam Jumaat yg lalu. Terima kasih juga kepada A.F. Ust Hayat kerana memberi kata aluan secara langsung dalam majlis tersebut melalui loudspeaker h.p. Sungguh di luar jangkaan. Lebih 80 orang telah hadir. Walaupun team kami belum bersedia untuk membuat rawatan, tetapi masyarakat amat memerlukannya. Maklumbalas yang ana terima amat mengejutkan. Majoriti drp mereka berkata bahawa rawatan secara bulanan perlu diadakan. Seolah-olah mereka merayu 'bebaskan kami dari kesyirikan!' Ya Allah! Bantulah kami. Persoalannya.... kami belum bersedia untuk merawat. Padahal masyarakat memang cukup bersedia untuk dirawat! Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Apakah perancangan Kiswah bagi membantu masyarakat di Sg Besar supaya bebas drp 'kesyirikan' dalam perubatan?

*spt yg disiarkan pd 26/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com

Rabu, Januari 26, 2011

Aku Sibuk!

Aku Sibuk! Itulah alasan yang sering kita beri jika kita tidak mahu melakukan sesuatu. Petang semalam, selepas solat asar di masjid, ana didatangi oleh seorang

Ahad, Januari 23, 2011

Apabila Tuan Guru Sakit...

Hari Jumaat yang lalu, seperti biasa ana akan hantar SMS kepada Ust N bertanyakan samada datang mengajar atau tidak. "Slm. Mlm ni Ust dtg ke?" tanya ana. Tidak lama kemudian,

Selasa, Januari 11, 2011

Petunjuk Tidak Mengenal Usia

Terlebih dahulu ana nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta Kelas Al-Quran dewasa yang dibimbing oleh ana sendiri. Kelas ini memang dikendalikan dari peringkat asas.... bermula dari Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran. Yang ana kagum ialah ada di kalangan mereka yang sudah berumur lebih daripada 60 tahun. Datang belajar menaiki motosikal

Khamis, Oktober 14, 2010

Program Tadarus Mingguan

Malam tadi, sebelum kelas Tahsin Qiraat Al-Quran dimulakan, ana sempat memaklumkan kepada semua peserta bahawa program tadarus mingguan akan dimulakan..

Rabu, Oktober 13, 2010

Mahir Al-Quran Mahir IT

Pagi tadi, selepas hantar 5 orang anak ke sekolah, ana pun pergilah berjoging. Memang dah menjadi amalan ana, apabila berjoging, ana akan tinggalkan handphone dan duit dalam kereta. Berkaki ayam...

Isnin, Oktober 04, 2010

Air Yasiin

Tengahari Khamis yang lalu, ana terima call daripada anak sulung , "Abah, jadike abah datang petang ni ambil kakak?" tanyanya. Ana pun jawab, "Insya-Allah.. jam berapa? Ada nak pesan apa-apa ke?". Dia pun menjawab, "Abah datangla pukul enam, ambil kakak lepas tu kita pergi ke...

Selasa, September 07, 2010

Bacalah Al-Quran

Malam tadi, selepas solat taraweh di masjid diadakan majlis khatam al-Quran. Ana bangga kerana para pesertanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Remaja, dewasa dan warga emas. Ada yang