Memaparkan catatan dengan label Istiharah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istiharah. Papar semua catatan

Khamis, Jun 14, 2012

Solat Istiharah

Seperti yang dinasihati oleh gurunya, Basir pun melakukan Solat Sunat Istiharah. Bagi Basir inilah pertama kali dia buat Solat Istiharah bagi memulihkan perniagaannya. Basir memohon supaya Allah memberikan kepadanya perniagaan yang benar-benar menguntungkannya di dunia dan di akhirat. Basir pasrah. Apa juga keputusan yang diperolehi akan dituruti. Apa juga petunjuk yang di terima akan dipatuhi. 

Selain itu, Basir juga memohon kepada gurunya untuk melakukan Solat Istiharah juga. Memohon petunjuk samada ingin menjual kedai atau tidak.

Selasa, Mac 27, 2012

Jual Perniagaan, Jual Harta

Kehidupan Basir semakin getir. Basir mengambil keputusan untuk menjual kedai, rumah dan MPV Unser kesayangannya. Basir sudah serik berniaga. Teringat zaman makan gaji dahulu, makan minum, tempat tinggal dan kenderaan semuanya cukup. Jika pergi kursus atau mesyuarat, merasa juga tidur di hotel lima bintang. Guru-gurunya meminta Basir melakukan Solat Istiharah... memohon petunjuk dari Ilahi.

Rabu, Ogos 10, 2011

Ramadhan Mengajar Basir

Tidak seperti Ramadhan yang lepas-lepas, Ramadhan kali ini banyak mengajar Basir. Semuanya gara-gara Jatuh Miskin. Mana tidaknya, jika Ramadhan yang lepas-lepas awal-awal lagi Basir sudah membeli kain dan menempah baju kurung dan baju melayu anak-anak, tapi Ramadhan kali ini...

Khamis, Julai 28, 2011

Basir Masih Pening!

Pening Basir masih belum reda. Bukan pening biasa ... tapi pening pemikiran. Pening yang mengganggu urusan harian. Duit yang diperlukan untuk membayar bil masih belum cukup. Semalam bil TNB datang lagi. Warna merah lagi. Internet dan telefon memang dah lama kena potong. Esok...

Khamis, Julai 21, 2011

Pening Pening Pening!

Hari ini Basir pening lagi. Begitulah apabila menjelang tarikh puaka 20hb  setiap bulan. Masa inilah macam-macam 'harimau' datang. Masa inilah 'kaki potong' datang...

Khamis, Julai 07, 2011

Jatuh Miskin!

Pada catatan kali ini, motivasi5k telah terpanggil untuk menceritakan tentang perit maung seorang usahawan yang berjuang untuk bangkit daripada kejatuhan dalam perniagaan. Seperti biasa, kisah-kisah benar sebegini bukan senang untuk diperolehi. Basir (bukan nama sebenar) pula bukanlah seorang suka menceritakan hal peribadinya. Tambahan pula