Memaparkan catatan dengan label Asrama Desa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asrama Desa. Papar semua catatan

Rabu, Mei 15, 2013

Warkah Untuk Guru



Ketika zaman nakal kami dahulu,
kami sering dimarah dan dihukum,
kami juga pernah diusir dari kelas.

Namun kini segalanya telah berubah,
sejak kami tinggal di Asrama Desa,
sejak kami belajar di SKBT,
kami mendapat sinar baru,
kami mendapat harapan baru,
kami mendapat semangat baru,

Cikgu,
Ketika kami dalam kegelapan,
engkau berikan kami cahaya.
Ketika kami dalam kedukaan,
engkau berikan kami ceria.
Ketika kami dalam kesusahan,
engkau berikan kami bahagia.

Sememangnya kami ingin berubah,
tapi kami tak tahu cara nak berubah,
sememangnya kami ingin berjaya,
tapi kami tak tahu cara nak berjaya,
sememangnya kami ingin cemerlang,
tapi kami tak tahu cara nak cemerlang.
 

Cikgu,
Jika kami terlajak kata, tegurlah kami,
jika kami terlajak laku, bimbinglah kami,
jika kami lalai dan alpa, nasihatilah kami,
kami ibarat kain yang putih,
asuhlah kami, didiklah kami,
agar kami menjadi insan yang berguna,
agar kami menjadi insan yang cemerlang,
agar kami menjadi insan yang soleh.

Cikgu,
Terima kasih kerana mengajar kami membaca,
terima kasih kerana mengajar kami menulis,
terima kasih kerana mengajar kami mengira.

kami doakan,
semoga cikgu dirahmati Allah,
semoga cikgu panjang umur,
semoga cikgu sihat sejahtera,
semoga cikgu dikurniakan rezeki yang halal,
semoga cikgu terus membimbing kami,
semoga cikgu terus mendidik kami,
semoga cikgu terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Akhirnya, kami ucapkan
SELAMAT HARI GURU
kepada warga pendidik SKBT dan Asrama Desa,

Sekian terima kasih,

Ikhlas daripada,

AHMAD DAN ALI
Tahun 6
SKBT
16 Mei 2013




Selasa, September 25, 2012

Cari Anak di Tengah Malam

Pada hari ketujuh malam kelapan, Ali dan Ahmad langsung tidak balik ke rumah. Sehingga jam 1.00 pagi masih belum pulang. Pak Salleh dan isteri berkali-kali telefon ke handphone yang mereka bawa, namun tida jawapan. SMS tidak dijawabnya. Pak Salleh mula risau. Isteri Pak Salleh lebih-lebih lagilah risau. Tidak henti-henti mencuba telefon. Pantang sungguh bagi mereka jika anak mereka tidur di rumah orang pada waktu malam. Tiba-tiba telefon diangkat... tetapi bukanlah Ali dan Ahmad yang menjawabnya. Seorang wanita pertengahan umur menjawab. Rupa-rupanya Ali dan Ahmad sudah lena dibuai mimpi di rumah nenek kawan mereka 7 km dari rumah mereka. 

Tanpa berlengah lagi, mereka terus mencari rumah tersebut kerana jam sudah 1.30 pagi. Setelah puas mencari, akhirnya bertemu jugalah mereka dengan rumah tersebut....

Selasa, April 17, 2012

Solat Berjamaah

Selain daripada meminta bantuan daripada para ustaz, Pak Salleh juga telah dinasihati oleh beberapa ustaz supaya mendirikan Solat Berjemaah di rumah bersama keluarga. Setelah berbincang dengan isterinya, maka Pak Salleh pun mulalah solat Maghrib berjemaah. Namun Ali dan Ahmad tidak turut serta. Sejak mendapatkan rawatan pinggan putih, Ali dan Ahmad langsung tidak masuk rumah sejak petang hinggalah tengah malam. Namun Pak Salleh dan isteri tetap bersabar kerana mereka dinasihatkan supaya berikhtiar habis-habisan selam tujuh hari.

Selepas solat berjemaah Pak Salleh membaca wirid selepas solat dan membaca doa bersama-sama. Selepas berdoa mereka membaca pula Asmaulhusna, Surah al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul. Harapan mereka ialah supaya keluarga mereka kembali aman dan dilindungi Allah daripada kejahatan jin, syaitan dan manusia. Mudah-mudahan Ali dan Ahmad menjadi lebih baik...

Khamis, April 12, 2012

Rawatan Pinggan Putih

Pak Salleh tidak putus asa. Perubahan perlakuan anak-anaknya masih belum kelihatan. Pak Salleh sedar, bukan mudah untuk mendidik anak lelaki dan bukan mudah juga doanya hendak dimakbulkan. Mungkin inilah kifarat terhadap dosa-dosanya yang lampau. "Astagfirullah al 'azim..." tiba-tiba keluar daripada bibirnya. 

Selain daripada memohon para ustaz mendoakan anak-anaknya, Pak Salleh akhirnya mendapatkan nasihat tentang rawatan pinggan putih Annusyrah. Setelah diberi penerangan tentang cara menggunakannya, maka Pak Salleh pun memulakan rawatan dengan memagar rumah empat penjuru, merenjis dalam rumah, memberi minum dan memandikan anak-anaknya selama tujuh hari berturut-turut. Harapan Pak Salleh hanya satu iaitu Ali dan Ahmad menjadi anak yang pintar dan soleh....

Selasa, April 10, 2012

Solat Hajat Untuk Ali dan Ahmad

Fikiran Pak Salleh dan isteri semakin buntu. Setelah berbincang bersama, akhirnya mereka bersetuju untuk balik kampung pada cuti sekolah yang lalu. Setibanya di kampung, mereka pun menceritakan perihal Ali dan Ahmad kepada orang tua mereka. Ibu mertua Pak Salleh pun membawa mereka bertemu dengan seorang ustaz di kampung bersebelahan. Ustaz itu pun membacakan ayat-ayat suci al-Quran sambil meniup ditapak tangannya dan menyapu ke badan Ali dan Ahmad sambil mendoakan mereka supaya belajar betul-betul dan menjadi anak yang baik. Ibu mertua Pak Salleh juga memohon supaya ustaz tersebut melakukan Solat Hajat agar Allah membuka pintu hati cucu-cucunya untuk belajar dan menjadi anak yang soleh. Sebelum mereka pulang, ustaz tersebut memberikan dua botol air jampi untuk diminum dan dibuat mandi.

Walaupun cara ustaz itu simple sahaja, tetapi bagi Pak Salleh setiap orang pasti ada kelebihannya. Yang pasti pada pandangan Pak salleh ialah ustaz itu kelihatan sangat ikhlas dan ingin membantu. Mudah-mudahan dengan keikhlasan itu, anak mereka akan berubah.

Rabu, April 04, 2012

Jaguh Kampung

Alhamdulillah, selamat bertemu kembali setelah beberapa hari tidak bersama di alam maya kerana 'jammed'. Pagi ini ana tidak turun padang kerana hujan. Hujan turun sejak malam tadi. Jadi, selepas hantar anak-anak ke sekolah, ana terus masuk pejabat. Teringat pula hendak sambung cerita tentang kisah Ali dan Ahmad, anak Pak Salleh yang pernah ana ceritakan dalam tajuk-tajuk yang lalu.

Kenakalan mereka semakin menjadi-jadi

Rabu, Januari 12, 2011

Selamat Pulang Anakku

Pada 18 Disember yang lalu, tamatlah Program Tahfiz selama sebulan yang diikuti oleh Ali dan Ahmad. Pak Salleh sekeluarga pun datanglah ke Maahad Tahfiz di Kuala Selangor itu untuk menjemput mereka. Ali dan Ahmad nampak gembira sekali. Maklumlah, dah sebulan berada di Maahad tersebut.Rindu bukan main lagi mereka kepada kawan-kawan di kampung. Bagi Pak Salleh, ini adalah proses pembelajaran yang sangat berharga kepada Ali dan Ahmad. Bukan sahaja latihan untuk berdikari, malah turut melatih mereka lebih patuh kepada arahan, jadual waktu dan adab pergaulan. Namun .... adakah Ali dan Ahmad benar-benar sudah berubah? Motivasi5k akan memaparkan lagi kisah mereka memulakan alam persekolahan 2011... Jumpa lagi.

Isnin, Disember 13, 2010

Melepas Rindu

Petang semalam, Pak Salleh dan isteri pergi ke Kuala Selangor melawat anak mereka Ali dan Ahmad di Maahad Taafiz. Mereka tiba di sana

Selasa, Disember 07, 2010

Pembuli Dihukum

Atas aduan Pak Salleh, pihak maahad telah menjalankan siasatan. Ali dan Ahmad dipanggil guru.

Isnin, Disember 06, 2010

Kena Buli

Sudah dua minggu Ali dan Ahmad masuk Tahfiz. Sudah dua kali Pak Salleh dan isteri datang melawat. Lawatan pertama  iaitu tiga hari selepas Ali dan Ahmad belajar, mendapati  mereka seronok belajar di sana. Lawatan kedua pada minggu lepas, mereka mengadu telah dibuli oleh

Ahad, November 21, 2010

Selamat Tinggal Kawanku

Semalam merupakan hari terakhir bagi Ali dan Ahmad bermain bersama kawan-kawan. Mereka meminta izin daripada Pak Salleh untuk bertemu kawan-kawan. "Hah! Hendak buat apa berjumpa dengan mereka?" tanya Pak Salleh. "Hari ini kan hari terakhir kami di kampung. Jadi kami hendak main puas-puas...