Memaparkan catatan dengan label Motivasi Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Pelajar. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 13, 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat menghadapi peperiksaan PT3 ana ucapkan kepada semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara. Semoga Allah memberi kalian ketenangan, kesabaran dan kebijaksaan ketika menjawb soalan. Ana doakan semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang.


Ahad, Mei 26, 2013

Cuti Lagi...

Cuti sekolah datang lagi. 14 hari. wooooh! Ada yang suka ada yang kurang suka dan ada yang tidak suka. Paling suka ialah murid-murid dan pelajar-pelajar yang sedang bercuti. Ibu bapa juga suka anak-anak mereka bercuti keran boleh balik kampung bersama dan bercuti. Tapi paling tidak suka ialah ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka daripada bergaul dengan rakan-rakan yang kurang baik. Tentu sahaja mereka lebih suka anak mereka ke sekolah. 
Kepada para guru, pelajar dan murid yang terlibat dengan kelas tambahan, ana ucapkan syabas kerana masih tekun belajar di hari cuti ini...

Rabu, Mei 30, 2012

Cuti Sekolah Tiba Lagi

Cuti Sekolah Tiba Lagi. 

Bagi murid-murid pra-sekolah dan sekolah rendah, mereka memang suka hati. Bebas daripada bebanan beg sekolah dan leteran guru di sekolah. Mereka boleh menonton TV siang dan malam, bermain di padang dan main game di rumah. Tidak perlu basuh kasut dan tidak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah.

Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah pula, inilah masanya mereka ber-'face-book', ber-'sms', 'chating', 'dating' atau duduk terperap di rumah. Ada juga yang sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan penting tahun ini.

Bagi sebahagian ibu bapa, mereka tentu pening kepala kerana anak-anak mereka ada di rumah. Riuh rendah suara mereka, usik mengusik dan rumah bersepah. Kalau tetamu datang bertandang musim cuti sekolah ini, tentu sahaja 'pening' dengan suasana bersepah itu.

Ada di kalangan ibu bapa yang tidak mamberi peluang kepada anak tinggal di rumah. Mereka terus hantar anak mereka ke kem-kem motivasi, tuisyen dan pra-tahfiz. Runsing benar mereka apabila anak mereka di rumah. Keluar siang malam dan ke CC.

Apapun yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik....

Khamis, Mei 10, 2012

Selamat Belajar

Selamat belajar ana ucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM. yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke perinkat yang lebih tinggi. Begitu juga kepada lepasan Diploma dan Ijazah yang akan menyambung belajar. Tahniah dan syabas ana ucapkan. Teruskan belajar, teruskan perjuangan kalian. Semoga kalian sentiasa diberkati Allah. Pandai-pandailah menjaga diri di perantauan. Jangan jadikan ia sebagai satu peluang untuk hidup 'bebas' dan 'bergaya'! Jagalah adab sopan dan budi pekerti. Belajarlah dengan sumber pembiayaan yang halal, elakkan riba. Pengorbanan ibu bapa jangan dilupa walau di mana kalian berada. Selamat Belajar!

Jumaat, Mac 23, 2012

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011

Tahniah ana ucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2011 yang lalu. Tahniah juga kepada saudara mara ana yang berjaya khusus kepada anak buah ana Syafiq, yang mendapat 7A 2B. 
Kepada pelajar yang berjaya tentu sahaja berasa puas. Memberi kegembiraan kepada guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Kepada pelajar yang mendapat keputusan 'cukup makan', tentu berasa kurang puas hati dan berazam akan berusaha lebih di masa akan datang. Kepada pelajar yang gagal, tentu berasa amat kecewa. Namun kepada pelajar yang biasa gagal, tentu tidak berasa apa-apa.
Hari yang telah berlalu tidak mungkin akan datang lagi. Hari yang akan datang perlu anda harungi. Jangan mudah kecewa. Teruskan usaha hingga berjaya. Selamat Belajar!

Rabu, Mac 21, 2012

STPM atau IPTS

Fikiran Zack (bukan nama sebenar) masih buntu. Serba serbi tidak kena. Sejak Zack mendapat keputusan STPM dua minggu lalu, fikirannya tidak tenang. Kecewa benar dia. Hampir dua tahun bertungkus lumus belajar, hanya mampu dapat 1.++ sahaja. Tetapi dia memang jujur. Apabila majikannya bertanya keputusannya, Zack beritahu terus terang. Majikannya sempat bertanya, "Zack, rakan-rakan kau macam mana?". Zack pun menjawab, "Kalau saya pun dapat macam ni, ramai lagi yang teruk boss." 

Daripada jawapan itu, ternyata Zack bukan calang-calang pelajar. Kesungguhan belajar memang ada tapi mungkin teknik belajar dan menjawabnya kurang baik. "Habis kau nak buat apa?" tanya bossnya lagi. "Saya hendak ambil sekali lagi. Saya nak belajar kaw-kaw!" jawabnya. Zack mohon untuk terus bekerja sambil belajar. Majikannya memang amat menggalakkan Zack ambil sekali lagi STPM. Zack memang tidak mahu ke IPTS kerana tidak mahu banyak hutang.

Namun hari ini Zack berubah fikiran. Dalam diam-diam Zack memohon ke IPTS. Zack fikir jika ambil STPM pun belum tentu dapat keputusan cemerlang. Zack telah 'diracuni' rakan-rakan. Mood untuk belajar di IPTS di utara Semenanjung semakin menebal. Zack tekad. Zack beritahu majikannya mungkin yang dia hendak berhenti kerja bulan Jun depan. Bagi majikannya, itu hak Zack.. terserahlah kepadanya untuk memilih.

Motivasi5k ingin memberi pandangan peribadi dalam kes ini. Apapun keputusan yang Zack buat mestilah dibuat dengan tenang. Fikir habis-habis. Pilihlah yang terbaik. Lakukan solat istiharah. Mohon petunjuk daripada Allah. Jangan ikutkan hati... nanti mati. Jangan ikutkan nafsu... nanti lesu. Semoga Zack berjaya dalam apa juga keputusan yang diambil, yang penting ialah teruskan belajar! Dapatkan segulung ijazah bagi membina kerjaya yang lebih cemerlang. Selamat berjaya!

Keputusan SPM 2011

Hari ini keputusan SPM 2011 akan diumumkan. Kepada semua pelajar yang akan mengambil keputusan hari ini, ana ucapkan selamat berjaya. Jagalah kesihatan dan berhati-hatilah di jalan raya. Apapun keputusan yang anda terima, terimalah dengan redha. Kepada ibu bapa pula, tentu akan gembira jika anak memperolehi keputusan cemerlang. Kepada ibu bapa yang anaknya mendapat keputusan yang kurang baik, janganlah cepat melatah, janganlah cepat marah. Berilah semangat baru kepada mereka untuk bangkit daripada kegagalan tersebut. Gagal hari ini bukanlah bermakna gagal seterusnya... bantulah mereka kerana mereka amat memerlukan sokongan kuat anda pada masa ini...

Sabtu, Mac 10, 2012

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti ana ucapkan kepada semua murid sekolah dan  para pelajar yang mula bercuti. Isikan masa terluang anda dengan kerja-kerja yang berfaedah. Jangan melepak atau habiskan masa dengan sia-sia. Bantulah ibu dan ayah jika perlu. Libatkan diri dengan aktiviti keluarga. Ajaklah ibu dan ayah balik kampung ziarah atuk dan nenek...

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang STPM 2011

Salam Motivasi. Ana ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM 2011 yang lalu. Kepada yang layak untuk memohon memasuki universiti, pilihlah 'U' yang paling layak untuk anda pohon. Jangan pilih ikut kesukaan anda sahaja. Persaingan untuk masuk 'U' amat sengit. Jangan tersalah pilih. Pilihlah kursus yang paling layak untuk diri anda di 'U' yang paling sesuai dengan keputusan anda. Ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi gagal masuk 'U' kerana tersalah pilih!
Kepada mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, jangan putus asa. Ambillah sekali lagi. Gagal hari ini bukan bermakna anda akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai pendorong diri anda untuk berjaya. Sesungguhnya perjalanan anda masih jauh....

Isnin, Mac 05, 2012

Cinta vs Cita-Cita

Antara Cinta dan Cita-Cita... memang dilema. Kepada kanak-kanak sekolah sering dikaitkan dengan cinta monyet dan jika ditanya tentang cita-cita tentu mereka akan memilih kerjaya guru, polis atau apa-apa profesion yang ada di depan mata. Kepada para remaja pula, cinta mereka sering dikaitkan denga cinta nafsu sehingga sanggup mengabaikan matlamat belajar untuk mencapai cita-cita. Kepada para siswa siswi pula cinta sering dikaitkan dengan persefahaman dan persamaan dalam aliran pemikiran atau kerjaya. Jarang sekali mereka yang tidak sefahaman akan bercinta. Namun bagi siswa siswi yang masih kuat berpegang kepada adat resam dan peradaban Islam yang kuat, mereka lebih rela memendam perasaan cinta mereka di lubuk hati. Kepada kaki rock, mereka lebih suka berterus terang melafazkan cinta walaupun tanpa keikhlasan sejati. 
Cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta yang agung adalah cinta kepada ibu dan bapa. Kepada siswa siswi yang masih mengejar cita-cita, pendamkanlah perasaan cintamu terhadap teman 'istimewa'. Ingat! Kalian bukan sahaja mengejar cita-cita kalian sahaja, tetapi kalian juga telah membawa cita-cita keluarga bersama. Kejayaan kalian adalah harapan keluarga. Jangan bermain cinta, kerana apabila kalian telah jatuh cinta, pasti kalian akan mengabaikan masa untuk mengejar cita-cita. Dan jika kalian kecewa dalam bercinta pasti kalian akan tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah!

Khamis, Disember 29, 2011

Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh?

Post kali ini akan membincangkan tentang Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh? Benarkah sekolah berasrama penuh itu menjamin kejayaan anak anda?

Rabu, Ogos 10, 2011

IPTA vs IPTS

Seperti yang telah dijanjikan, motivasi5k akan memaparkan pandangan bapa Shahida tentang kejayaan anaknya masuk U. "Alhamdulillah, Pak Cik amat bersyukur kerana Shahida dapat juga belajar kat U. Memang

Ahad, Julai 03, 2011

Kisah Ani dan Shahida

Ingat lagi kisah Ani (Staright A's) dan kisah Shahida (Nak Masuk 'U')? Memang lama benar kita tidak mendengar berita mereka. Motivasi5k sedang berusaha untuk memaparkan kisah terkini mereka untuk dijadikan teladan dan dorongan kepada para pelajar. Terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti perkembangan cerita mereka. Tk.

Selasa, April 19, 2011

Bersedialah Untuk Temuduga

Hari ini (Isnin) ana bangun awal. Kejutkan anak-anak sebelum waktu subuh. Ana pula terus ke masjid. Seperti biasa selepas solat, ana beli sarapan. Tiba di rumah, terus bancuh air 1 Uncang Teh 18 Sudu Gula. Jam 6.40 pg, ana hantar mereka ke sekolah. Selalunya jam 7.15 baru ke sekolah. Kemudian ana terus ke Bandar baru Bangi bersama anak kedua. Dia ada temuduga maktab. Di pertengahan jalan, hujan sangat lebat. Ana risau takut tak sempat. Ana pandu selaju mungkin..

Sabtu, April 16, 2011

Doa Motivasi5k

Masih ingat kisah Shahida dan Ani? Kisah mereka yang dipaparkan dalam catatan Nak Masuk 'U' dan Straight A's. Motivasi5k mendapat tahu bahawa Shahida telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Shahida juga akan menghadiri temuduga program Diploma Tahfiz di Darul Quran JAKIM minggu ini. Bersamalah kita berdoa semoga Shahida berjaya melanjutkan pelajaran  dalam bidang yang dipilih.
Kepada Ani pula, Motivasi5k mendapat tahu yang Ani akan menghadiri temuduga maktab perguruan dan Darul Quran. Ani juga memohon untuk program asasi di universiti tempatan. Bersamalah kita berdoa semoga Ani juga berjaya memasuki ke pusat pengajian yang terbaik.
Namun daripada temubual ana dengan mereka, mereka amat berharap untuk memasuki bidang tahfiz di Darul Quran. Itulah harapan ibu bapa mereka dan seluruh ahli keluarga mereka. Kini mereka sibuk membuat latihan menghafal satu mukasurat sejam.. Mudah-mudahan mereka menjadi hafizah. Amiin.

Khamis, Mac 17, 2011

Cuti Lagi!..

Cuti macam-macam cuti. Bagi kanak-kanak, cuti sekolah amat menyeronokkan. Bermain puas-puas. Tak payah buat homework. Tak payah nak pergi ke sekolah pagi dan petang. Tapi ingat..... solat tak boleh cuti tau.. kecuali kpd orang perempuan shj....

Selasa, November 30, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Motivasi 5k ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM dan SPM kepada Shahida (Nak Masuk 'U') dan Ani (Straight 'A'). Masuklah dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca surah al-Fatihah 1x, selawat 3x dan niat untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan betul. Baca soalan dengan teliti. Agihkan masa menjawab. Potong jawapan yang salah untuk soalan objektif. Buat rangka jawapan untuk soalan subjektif. Pastikan ada masa untuk buat semakan.

Di sini ana juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA yang lalu. Pilihlah sekolah yang terbaik, yang memiliki guru yang terbaik untuk mencapai keputusan yang terbaik. Jumpa lagi.

Khamis, Oktober 28, 2010

Tak Cukup Masa

Pagi tadi  hujan lebat. Walaupun kereta tak besar tapi cukuplah untuk membawa 5 orang anak ke sekolah. Terfikir juga ana,  bahawa kereta sekarang sudah menjadi satu keperluan. Sewaktu ana bersekolah dulu...

Sabtu, Oktober 09, 2010

Tak Jadi Dibuang Sekolah

Petang Khamis yang lalu, setelah jemput anak dari sekolah, anak ketiga ana ajak ana beli barang keperluan untuk aktiviti perkhemahan di sekolah. Ana pun bacalah senarai yang nak dibeli tu.... banyaknya..

Jumaat, Ogos 27, 2010

Buang Sekolah

Semalam, Hj Hassan (bukan nama sebenar) datang jumpa ana. Dia minta ana carikan pusat tuisyen atau sekolah swasta untuk anaknya yang dikenakan tindakan disiplin di sekolah. Habis ikhtiarnya, buntu fikirannya memikirkan