Isnin, Mac 05, 2012

Cinta vs Cita-Cita

Antara Cinta dan Cita-Cita... memang dilema. Kepada kanak-kanak sekolah sering dikaitkan dengan cinta monyet dan jika ditanya tentang cita-cita tentu mereka akan memilih kerjaya guru, polis atau apa-apa profesion yang ada di depan mata. Kepada para remaja pula, cinta mereka sering dikaitkan denga cinta nafsu sehingga sanggup mengabaikan matlamat belajar untuk mencapai cita-cita. Kepada para siswa siswi pula cinta sering dikaitkan dengan persefahaman dan persamaan dalam aliran pemikiran atau kerjaya. Jarang sekali mereka yang tidak sefahaman akan bercinta. Namun bagi siswa siswi yang masih kuat berpegang kepada adat resam dan peradaban Islam yang kuat, mereka lebih rela memendam perasaan cinta mereka di lubuk hati. Kepada kaki rock, mereka lebih suka berterus terang melafazkan cinta walaupun tanpa keikhlasan sejati. 
Cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta yang agung adalah cinta kepada ibu dan bapa. Kepada siswa siswi yang masih mengejar cita-cita, pendamkanlah perasaan cintamu terhadap teman 'istimewa'. Ingat! Kalian bukan sahaja mengejar cita-cita kalian sahaja, tetapi kalian juga telah membawa cita-cita keluarga bersama. Kejayaan kalian adalah harapan keluarga. Jangan bermain cinta, kerana apabila kalian telah jatuh cinta, pasti kalian akan mengabaikan masa untuk mengejar cita-cita. Dan jika kalian kecewa dalam bercinta pasti kalian akan tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah!

Apa Guna Duit banyak...

Ramai di kalngan rakan-rakan ana yang berniaga masa ini mengeluh karana pendapatan semakin merosot dan perbelanjaan pula semakin meningkat. Semakin ramai orang mula berniaga. Kata mereka susah nak cari kerja, jadi berniagalah. Di Sungai Besar sahaja, gerai jual air, jual burger dan kuih tumbuh macam cendawan. Kedai-kedai pula penuh disewa orang. Bukan sahaja orang tempatan, malah orang luar pun berniaga di sini. Bukan calang-calang punya syarikat... Rakan-rakan pun kata, macam ni teruklah kita.
bagi ana, rezeki masing-masing. Yang penting ialah usaha. Jangan putus asa. Tak perlu kerja siang dan malam kerana nak dapat pendapatan lebih. Bahagikan masa untuk mencari rezeki dan ibadah. 
Apa guna duit banyak jika nak solat berjemaah di masjid pun tak sempat. Apa guna duit banyak jika lemak di badan punsemakin banyak. Apa guna duit banyak jika penyakit pun banyak. Apa guna duit banyak jika orang tua  masih belum ke Mekah. Apa guna duit banyak jika adik beradik masih harapkan BR1M. Apa guna duit banyak jika masih dibelenggu dengan riba. Apa guna duit banyak jika pejuang-pejuang Islam masih berjuang bersenjatakan batu!
Ayuh! Kepada mereka yang banyak duit, bantulah sesama keluarga, sesama bangsa dan sesama agama. Duit banyak yang kalian perolehi itu perlu disucikan dengan zakat dan sedekah. Semoga tiada lagi rintihan ahli keluarga kita, tiada lagi kemiskinan bangsa kita dan tida lagi kefakiran umat Islam kita...!

Macam-Macam Hal

Pagi tadi, hujan rintik-rintik. "Tak bersenamlah jawabnya hari ni.." bisik hati ana. Jam 7. 30 pagi, ana lihat cuaca semakin baik. Tiba di rumah, baru sahaja hendak tukar pakaian sukan ana terima sms daripada pekerja ana, "Salam, ust, hri ni mgkin sy x msuk kje, sy x brape sihat ust.". ana lihat jam sudaj pukul 7.50 pagi. Orang rumah pula berpesan, "Bang, beras dah habis. Nanti belikan ikan tongkol, santan dan timun ye..". 
Ana ni kalau dah kalut-kalut macam ni memang tak syok. Apa lagi ana pun tak pergilah bersenam... mengantuk pulak rasanya.. macam tak sihat. Memang itulah asam garam nak istiqamah dengan bersenam. Macam-macam halangan...
Jam 8.50 pagi ana bergegas ke restoran untuk beli lauk makan tengahari dan beli beras di kedai runcit. Hantar balik dan terus buka kedai...  Buatlah kerja-kerja yang sepatutnya pekerja ana buat... Petang ni kenalah minta isteri tolong jaga kedai sebab ana nak pergi bantu ustaz buat rawatan rukyah syariah..

Khamis, Mac 01, 2012

Malam Ini Malam Jumaat

Peringatan penting kepada semua umat Islam, Malam Ini Malam Jumaat. Tingkatkan amalan kalian. Jangan lupa bangun qiamullail memohon keampunan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara dan umat Islam sedunia.! 

Berwajah Baru

Insya-Allah blog motivasi akan berwajah baru tidah lama lagi. Tunggu kemunculannya! Lebih nilai, lebih bermakna.

Kekalkan Senaman Pagi

Alhamdulillah..
Bersyukur ana kepada Ilahi kerana dapat semula mengekalkan senaman pagi minggu ini. Isnin hingga Khamis.
Biasanya ana akan keluar daripada rumah

Rabu, Februari 08, 2012

Maafkan ayah nak...ayah tak sengaja.

Itulah yang mampu diluahkan oleh seorang bapa yang tergilis kepala anak bongsunya ketika mengundur pacuan empat roda menyebabkan anaknya mati.Itulah antara tajuk utama akhbar Harian Metro hari ini. Siayah tekad tidak akan memaafkan dirinya sendiri di atas kejadian tersebut. Memang benar, ini satu takdir.. tetapi untuk menerima takdir itu tidaklah mudah. Hanya mereka yang beramal soleh sahaja mampu menghadapinya. Itulah kasihnya seorang ayah kepada anaknya. 
Namun berapa ramaikah ayah yang memohon maaf kepada anaknya kerana memberi makan dari sumber rezeki yang haram! Berapa ramaikah ayah yang memohon maaf kepada anaknya kerana membiayai pengajian anak di universiti dengan pinjaman riba! Apakah siayah nak tunggu anak mati baru nak memohon maaf!
Wahai para bapa! Sedarlah kalian bahawa anak-anak adalah amanah daripada Allah. Dipinjamkan kepada kita untuk dijaga dengan sempurna. Bebaskanlah mereka daripada rezeki yang haram! Bebaskanlah mereka daripada riba! Bebaskanlah mereka daripada azab api neraka!

Malasnya Nak Bersenam!

Memang dah lama ana tak bersenam. Yalah.. sejak Aidilfitri tahun lalu. Bermula dengan kesibukan hari raya hinggalah mengurus kelas intensif musim cuti. Bulan Januari pula sibuk dengan persediaan anak sekolah dan balik kampung di kelantan kerana bapa mertua sakit dan meninggal. 
Badan ana pun dah mula sakit-sakit. Kaki pun dah mula kebas-kebas. Tangan pula dah mula sengal-sengal. Belakang pula dah mula lenguh-lenguh. Kepala pula dah mula pusing-pusing. Jantung pula dah mula berdebar-debar. Ini tak boleh jadi.
Sempena Maulidur Rasul tahun ini, ana bertekad mula turun padang semula, berkaki ayam, azan dan terapi embun. Bukan mudah hendak memulakan balik sesuatu amalan yang dah lama kita tinggalkan. Tapi demi menjaga kesihatan, ana gagahi juga. Bagi ana, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan kerana jasad kita ini adalah amanah yang mesti dijaga.
Alhamdulillah, dapat juga ana teruskan bersenam walaupun dengan penuh kemalasan!

Khamis, Disember 29, 2011

Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh?

Post kali ini akan membincangkan tentang Perlukah Anak Anda ke Asrama Penuh? Benarkah sekolah berasrama penuh itu menjamin kejayaan anak anda?

Air Mata Keemasan

Memang Adik Keemasan amat gembira kerana memperoleh Mumtaz dalam PSRA yang lalu. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama... apabila keputusan UPSR diumumkan seminggu kemudian. Keputusan 4A1B merentap hatinya. Air mata Keemasan tiba-tiba mengalir...

Rabu, Disember 28, 2011

Tahniah Adik Keemasan

Motivasi5k ingin mengucapkan tahniah kepada adik Keemasan kerana memperolehi Mumtaz dalam PSRA dan 4A1B dalam UPSR yang lalu. Semoga adik mendapat tempat memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Amiin.

Selasa, Disember 06, 2011

Shahida Ikat Perut

Setelah kembalikan cek PTPTN, Shahida semakin terhimpit. Dengan RM50 seminggu wang saku yang ayahnya beri, Shahida terpaksa ikat perut. Itulah untuk makan, itulah untuk fotokopi dan itulah untuk segala-galanya di kampus. Makan nasi sekali sehari sudah menjadi kebiasaannya. Sekali-sekala Shahida berkongsi makan dengan room-mate. Apapun, sarapan pagi mesti diambil. Itulah pesanan ayahnya. Demi menjaga kesihatan, Shahida ambil madu dan roti sebagai alas perut. Jika tiada duit, Shahida hantar SMS kepada ayahnya minta duit.
Rakan-rakannya yang sudah dapat duit PTPTN bukan main senang hati. Joli sakanlah mereka. Tinggallah Shahida dan beberapa rakan bertudung labuh menunggu pinjaman tanpa riba. Bagi Shahida, inilah erti pengorbanan, inilah erti keperitan dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Jika hendak dibandingkan dengan perjuangan pejuang-pejuang Islam terdahulu, tentulah ini hanyalah satu cebisan kecil daripada keperitan mereka.
Kepada sesiapa yang ingin membantu Shahida, bolehlah memberi sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 12065020086739
Kepada semua bakal penderma, motivasi5k ucapkan jutaan terima kasih.

Isnin, Disember 05, 2011

Fast Learning Diserbu!

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke KELAS INTENSIF MUSIM CUTI NOV-DIS 2011. Lebih 70 murid telah mendaftar. 10 orang fasilitator membimbing mereka. Motivasi5k mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa. Semoga kelas ini dapat memberi manafaat kepada mereka. TK.

Rabu, November 02, 2011

Siapa yang Mengajar?

Selain daripada bilangan murid/kelas, persoalan lain yang banyak ditanya oleh ibu bapa ialah, 'siapa yang mengajar?'. Di sini ingin diperjelaskan bahawa konsep kami ialah 'melatih'

Betul ke 15 murid/kelas?

Sejak minggu lalu, kami telah menerima banyak pertanyaan tentang 'betul ke 15 murid/kelas?'. Di sini kami ingin memberi jaminan bahawa janji ini akan kami patuhi  dengan syarat pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan! Jangan berlengah lagi. Daftarlah sekarang!

Isnin, Oktober 31, 2011

FAST LEARNING JAN. 2012

JAN.  SESI PENGAMBILAN JANUARI 2012
KELAS YANG DITAWARKAN

1. CEPAT BACA
    BM, BI dan Al-Barqy
2. PINTAR BACA
    BM, BI dan Jawi
3. PENGUKUHAN SUBJEK  Th 1-6
    BM, BI, Math dan Sc
4. AL-QURAN
   Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran.
5. TALAQQI MUSYAFAHAH (Dewasa)


1. KELAS CEPAT BACA
Kelas  ini disediakan  khusus untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun   belum bersekolah atau yang sedang belajar di pra sekolah. Tumpuan kelas adalah kepada aspek kemahiran membaca dan menulis.
Subjek   : Cepat Baca, Cepat Tulis, I Can Read, I Can Write, Al-Barqy,
               dan Lancar Al-Barqy 
Hari       : Isnin-Khamis.     Masa     : 3.00-4.30ptg

2. KELAS PINTAR BACA
Amat sesuai untuk murid-murid pra sekolah dan  sekolah kebangsaan  yang masih belum boleh membaca atau lambat membaca atau   tidak memahami apa yang dibaca.
Subjek  : Cepat Baca BM, Cepat Baca BI dan Bacalah Jawi. 
Hari  : Ahad (4 x sbln)          Masa  : 8.30 pg - 12.30 tgh

3. KELAS PENGUKUHAN SUBJEK TH 1-6
Kelas ini memberi tumpuan kepada  aspek penguasaan topik mengikut tahun pembelajaran. Anak anda akan  diberi  kefahaman,  dibimbing dan  diberi latihan mengikut topik.  Dikendalikan dalam   kelas berasingan oleh guru-guru yang berpengalaman.
Subjek  : BM, BI, Math dan Sc.  
Hari  : Ahad (4 x sbln)          Masa  : 8.30 pg - 1.00 tgh

4. KELAS AL-QURAN
Kelas Al-Barqy  merupakan kelas asas membaca al-Quran. Kelas    Tajwid Al-Barqy  membimbing murid  membaca al-Quran secara bertajwid. Setelah boleh membaca al-Quran secara bertajwid, murid akan memasuki Kelas al-Quran. Amat sesuai untuk semua peringkat umur.                 
Subjek  : Al-Barqy, Tajwid Al-Barqy dan Al-Quran. 

Kanak-Kanak   Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (4 x seminggu)         
Masa  : 8.30 pg - 12.30 tgh

Dewasa  Hari : Isnin-Rabu (3 x seminggu)    
Masa : 8.30-9.30 mlm


Untuk pendaftaran, sila hubungi:

 FAST LEARNING ASSOCIATES
(001531440-P)
No 14, Jalan PP 1/2, Taman Padu Permai,
45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan.
(Bersebelahan bangunan BOMBA Sg Besar)

Tel/Faks : 03-32246280 Mobile : 013-2092280
Blog http://motivasi5k.blogspot.com

Selamat Mendaftar.

Kepada semua pembaca yang ingin mendaftarkan anak untuk mengikuti Kelas Intensif Musim Cuti 2011, segeralah daftar. Ini kerana setiap kelas dihadkan kepada 15 orang murid sahaja. Kelas paling ramai yang telah mendaftar ialah Kelas Cepat Baca. Pendaftar terawal dengan bayaran penuh adalah diutamakan. Terima kasih.

Pengajaran Daripada Pekerja

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam motivasi. Pertama sekali ana mohon maaf kerana dah lama tak kemaskini blog. Anak-anak ana di kolej dan U juga sibuk bertanya kenapa dah lama tak buat cerita baru. Sebenarnya memang banyak cerita baru ana nak kongsikan. Namun disebabkan bulan ini 3 orang pekerja ana berhenti mengejut..

Sabtu, September 03, 2011

Basikal Second

Salam Aidilfitri. Semalam ana buka kedai setengah hari. Hari ini ana sudah mula bekerja seperti biasa. Di pagi ini ana nak cerita sikit tentang kisah 3 beradik lelaki yang bernama Ali, Ahmad dan Alias (Kami Nak Senapang). Anak Pak Salleh. Nak tahu cerita terbaru mereka?
Sejak Ali rosakkan Basikal Barunya,

Jumaat, September 02, 2011

Shahida Kembalikan Cek PTPTN

Seperti yang telah dinyatakan dalam posting yang lalu, Shahida Tolak PTPTN. Namun minggu lalu, Shahida telah menerima cek bernilai RM1500 daripada PTPTN. Bukan main gembira hatinya. Tak pernah dalam hidupnya mendapat cek sebanyak itu atas namanya...