Ahad, Julai 03, 2011

Kisah Ani dan Shahida

Ingat lagi kisah Ani (Staright A's) dan kisah Shahida (Nak Masuk 'U')? Memang lama benar kita tidak mendengar berita mereka. Motivasi5k sedang berusaha untuk memaparkan kisah terkini mereka untuk dijadikan teladan dan dorongan kepada para pelajar. Terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti perkembangan cerita mereka. Tk.

Isnin, Jun 27, 2011

Demi Anak

Seperti yang dijanjikan, catatan kali ini adalah sambungan kisah Basri, seorang bapa tunggal. Sebagai kesinambungan kisahnya dalam catatan Kucupan Terakhir, Bertemu Guru, Panggilan Anak dan mencari Mama. Sebenarnya, bukan mudah untuk mengorek kisah silam ini...
Ketika di bandar, Basri tinggal berseorangan. Kehidupannya semakin perit..

Ahad, Jun 26, 2011

Guru Yang Zalim

Kali ini ana hendah sentuh sedikit tentang tajuk Guru Yang Zalim. Memang agak keterlaluan apabila ana bincangkan tajuk ini. Tapi ini adalah pandangan peribadi dan tidak berniat menyentuh hati mana-mana guru.

Rabu, Jun 22, 2011

Ke mana Kau Basri?

Ingat lagi kisah Basri? Kisah Kucupan Terakhir.. Sebenarnya bukan senang nak dapatkan cerita Basri ni. Tapi alhamdulillah, setelah sekian lama Basri menghilang, kisahnya akan muncul dalam post ana yang akan datang! Doakan semoga kisah ini akan menjadi iktibar kepada para suami dan isteri.

Orang Berduit Tak Perlu Bersenam

Selepas bersenam pagi semalam, ana terus ke Pasar Awam Sg Besar. Nak beli ikan dan sayur. Ketika keluar drp pintu pasar, tiba-tiba

Selasa, Jun 14, 2011

Anak Luar Nikah

Ketika catatan ini dibuat, fikiran ana masih memikirkan tentang cabaran ibubapa masakini mendidik anak-anak. Memang mencabar! Tak seperti zaman ana kanak-kanak dulu... anak-anak amat mentaati ibubapa, merghormati orang tua, dan berbuat baik sesama manusia. Tapi kini...

Selasa, Jun 07, 2011

Berusahalah Untuk Sihat

Semalam, ana bersama 2anak perempuan balik kampung untuk ziarah bapa saudara yang sakit. Beliau merupakan sepupu emak ana. Memang ana kenalnya sejak kecil. Yelah...kami tinggal sekampung. Umur kami pun tak banyak beza... Ini adalah kali ketiga ana ziarah paman. Ana ziarah ni pun kerana nak pujuk paman untuk membuat rawatan rukyah petang semalam.
Sampai saja di rumah paman, ana terus beri salam dan tunggu sebentar. Tak lama kemudian ana terdengar bibik panggil ana masuk rumah. Kami pun masuk dan duduk. Tak lama kemudia paman pun keluar dan duduk sebelah ana.. Terkejut melihat keadaannya yang semakin cengkung, pucat dan lesu. Ziarah ana kali kedua, paman tak boleh tinggal di rumahnya... tapi selepas rawatan kampung, paman tak boleh tinggalkan rumah! Sedih sungguh ana melihatnya. Dah puas ana pujuk paman supaya dapatkan rawatan rukyah tapi paman tetap enggan keluar rumah...
Ana pun tak tahu apa jenis penyakitnya...tapi ana tetap berdoa semoga paman cepat sembut...

Rabu, Jun 01, 2011

Main Game di CC

Ketika catatan ini dibuat, ana berada di salah sebuah CC di Sg Besar bersama 3 orang anak. Bukan ana nak sangat masuk CC ni.. tapi sebab desakan 2 anak lelaki ana berumur 10 tahun tu, maka ana pun masuklah. Lebik 20 orang kanak-kanak bawah 12 tahun sibuk main game di CC ni. Anak ana pun sama juga. Bukan apa.. sekurang-kurangnya ana tahu CC mana yang menjadi pilihan mereka... bolehlah ana pantau selalu...

Bersenam Bersama Anak

Alhamdulillah... pagi Isnin dan pagi tadi ana dapat semula memulakan senaman pagi. Pagi Isnin berseorangan... tapi pagi tadi bersama 5 orang anak kecil.. Dapat juga melakukan berjalan biasa dan berjalan cepat 7 pusingan, ternasuk 3 pusingan mendukung anak kecil... Seronok juga dapat bersenam bersama anak.

Memang kita selalu sibuk. Mencari harta siang dan malam bagi memberi yang terbaik untuk anak-anak...tetapi mengapa ada sebahagian daripada kita yang mencari rezeki sehingga tak sempat bermesra dengan anak... pergi kerja ketika anak masih belum bangun tidur, pulang kerja ketika anak sudah tidur. Fikir fikirkanlah!

Sabtu, Mei 21, 2011

Dah 3 Minggu Tak Bersenam

Hai.... dah 3 minggu ana tak bersenam. Badan pun dah mula rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh dan malas. Rasa macam nak tidur je. Batuk pun dah hampir sebulan. Belum pulih sepenuhnya. Sampai satu ketika, belakang ana menjadi terlalu sakit. nak bangun pun tak boleh. Terpaksa dibantu oleh anak-anak. Ada rakan kata ana dah terkena...

Khamis, Mei 19, 2011

KELAS INTENSIF MEMBACA MUSIM CUTI MEI-JUN 2011

Dari 30/5-10/6/2011 (2 minggu/10 hari). Hari Isnin-Jumaat.
Kelas mula jam 8.30 pg. Daftar akhir pada Isnin, 30/5/2011.

Adakah anak anda tidak tahu membaca atau lambat membaca? Jangan biarkan masalah ini berterusan. Hantar segera ke Kelas INTENSIF MEMBACA Musim Cuti 2011. Tingkatkan kemahiran membaca mereka. Membaca itu jambatan ilmu. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja.

Subjek yang ditawarkan BM, BI, JAWI dan AL-BARQY

Daftar melalui SMS:
Taip NAMA UMUR KELAS PILIHAN dan hantar ke 013-2092280.

Tidak Diterima Bumi

Beberapa minggu yang lalu, seorang ustaz bertanya kepada ana, "Anta masih buat blog lagi?" . Ana pun jawab, "Ya.. masih lagi. Cerita terbaru ialah tentang Tidak Memperdulikan Halal dan Haram." Kemudian ustaz tersebut pun berkata, "Ana nak minta anta tuliskan tentang cerita ni.. mudah-mudahan ianya akan menjadi teladan kepada yang membacanya." Begini kisahnya...

Kelahiran Anak Baru

Pada hari Selasa yang lalu, ana sambut orang baru. Anak lelaki. Anak yang ke 11. Doakan semoga anak tersebut menjadi anak yang soleh... amiiin.

Ohhhhh .... KISAS

Maaf  kerana dah agak lama ana tak buat catatan. Bukanlah sibuk sangat... tapi ada masalah internet kat ofis. Ini pun ana buat catatan dari CC shj. Minggu lepas. ana hantar anak kedua ana masuk form 6 di KISAS Klang. 30 tahun dulu, ana pernah juga memohon untuk masuk KISAS ni... tapi tak ada rezeki  masa tu... Memang ana kagum dengan pelajar-pelajar yang keluar drp KISAS. Bukan sahaja tinggi pengetahuan agama, malah turut mahir pula dalam Bahasa Arab.
Setelah lebih 30 tahun, dapat juga ana menjejakkan kaki ke KISAS. Cuma yang bezanya ialah anak ana yang belajar di sana. Itulah takdir... itulah rezeki... jika bukan diri kita yang dapat, anak cucu kita pula yang dapat. Selamat belajar anakku. Engkaulah penyambung cita-cita ayah...

Jumaat, Mei 06, 2011

Tidak Memperdulikan Halal dan Haram

Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramainya manusia yang berebut mencari harta bagi memenuhi keperluan hidupnya Tanpa Memperdulikan Halal dan Haram. Yang penting asal dapat. Ini kerana semakin kita nak maju maka semakin banyaklah pula keperluan yang perlu kita penuhi...

Masuk Wad

Pagi tadi ana dapat panggilan daripada kawan lama ketika di kampus dulu, Azizol. Dia kata dia masuk wad DMC. Dah seminggu demam. Bersamalah kita berdoa agar beliau segera sembuh. Amiiin.

Khamis, Mei 05, 2011

Teringatkan Kawan Lama

Entah kenapa tiba-tiba saja ana Teringatkan Kawan-Kawan Lama. Kawan-kawan ketika di ITM Shah Alam pada tahun 1980an. Ohh.. rindu sungguh rasanya dengan suasana kampus ketika itu. Analah cucu pertama datuk dan nenek yang menjejakkan kaki ke ITM. Pada masa tu...

3 Kilo Ikan Mambung 2 Kilo Kerang

Selepas bersenam di stadium pagi tadi, ana terus ke pasar awam Sg Besar. Sampai aje di pasar, Hj  Tapa terus memberi salam. Ana pun jawab sambil bertanya khabar. Hj Tapa ialah salah seorang peniaga ikan di pasar. Yang istimewanya ialah

Rabu, Mei 04, 2011

Jangan Mudah Berkongsi!

Sebut saja berkongsi sudah pasti ramai yang tak mahu. Terutama jika seorang isteri ingin berkongsi suami dengan madunya...

Isnin, Mei 02, 2011

SMS Luar Jangka

Beberapa minggu yang lalu ketika ana sedang mengajar kelas al-Quran dewasa, ana dikejutkan dengan SMS rakan lama ana, Hj Fuad. "Salam. Blog ana http;//totalmanpowersolution.blogspot.com. Maklumat JPI, syarikat dll. TQ" Ana pun segara membalasnya, "TK ana sedang mengajar." Hj Fuad balas lagi, "Ana dah masuk blog anta. Tahniah.." Ana pun jawab, "TK."
Itulah Hj Fuad, rakan sekampus tahun 1980an. Walaupun kami berlainan kursua, tapi kami dalam satu jemaah Persatuan Persuratan Islam. Walaupun dah lebih 20 tahun, tapi kami masih lagi berhubung..