Selasa, November 16, 2010

Kunjungan IT

Pagi tadi ana dikunjungi oleh bekas staf ana N. Dia baru tamat belajar. Ambil kursus Engineering. Bapanya seorang

Isnin, November 15, 2010

Ana Boleh Berlari

Dah dua minggu ana tak berlari waktu pagi. Memang sejak dua minggu lalu ana kurang sihat. Demam, batuk dan selsema. Sejak itu jugalah ana ...

Ahad, November 14, 2010

Jutawan Fakir

Pagi semalan, selesai solat subuh di masjid, ana terus ke kedai runcit. Ana nak beli senaskah akhbar harian. Tiba-tiba...

Khamis, November 11, 2010

Semakin Ramai Yang Mendaftar

Alhamdulillah. Setiap hari ada sahaja yang mendaftar untuk Kelas Intensif Musim Cuti Nov.-Dis. 2010. Terima kasih kepada yang telah mendaftar. Kepada yang masih belum mendaftar, sila daftar segera kerana tempat adalah terhad kepada 18 orang/kelas. Setiap tahun ana terpaksa menolak beberapa calon  kerana kelas penuh dan lewat mendaftar. Oleh itu, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Ahad, November 07, 2010

Kelas Intensif Musim Cuti Nov-Dis 2010

Minggu ni ana memang sibuk sikit. Kemaskan kedai, bilik kuliah dan edarkan iklan Kelas Intensif Musim Cuti 2010. Biasanya ana akan edar 10,000 helai. Tapi pada tahun ini ana ada buat pendekatan baru. Selain edaran iklan melalui akhbar, edaran iklan juga dibuat melalui SMS dan blog. Ana fikir cara ini akan lebih berkesan kerana ianya akan dibaca terus oleh penerima. Pada tahun ini ana buat persiapan lebih awal kerana tak mahu sibuk di saat akhir. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://motivasi5k-fastlearning.blogspot.com

Khamis, November 04, 2010

Panggilan Anak

Setelah Bertemu Guru hati Basri semakin tenang. Pesanan gurunya dipatuhi. Setiap kali selepas solat, Basri duduk seketika  membacakan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas khusus untuk arwah isteri dan ibunya. Basri telah mula pergi ke pejabat. Hari pertama Basri bekerja, bossnya

Isnin, November 01, 2010

Kami Nak Senapang

"Entah apa kena dengan budak tiga orang tu tak tau lah! Nak senapang pulak. Bukannya murah. Satu dah RM20. Tiga dah RM60. Hiiiih! Buat habis duit je lah." bebel Pak Salleh seorang diri. Zaiton hanya diam. Tak berani nak jawab

Jumaat, Oktober 29, 2010

Bertemu Guru

Setibanya di ibu kota, Basri terasa keseorangan. Rumah sewanya sunyi sepi. Jiran tetangga yang kurang dikenalinya pun tak bertanya khabar. Inilah akibatnya hidup di kota, pemergian jiran pun tak diketahui. Ingin sahaja Basri memberitahu mereka tetapi....

Khamis, Oktober 28, 2010

Tak Cukup Masa

Pagi tadi  hujan lebat. Walaupun kereta tak besar tapi cukuplah untuk membawa 5 orang anak ke sekolah. Terfikir juga ana,  bahawa kereta sekarang sudah menjadi satu keperluan. Sewaktu ana bersekolah dulu...

Ahad, Oktober 24, 2010

Kucupan Terakhir

"Hello! Abang ye?" itulah panggilan yang masih dalam ingatan Basri (bukan nama sebenar). "Ya. Siapa ni?" jawabnya. "Ini.... Ina. Nak bagi tau kakak dah tak ada..." kata Ina, adik iparnya. "Kakak pergi mana?" tanya Basri. "Ka..kak dah me...ninggal bang! ."

Selasa, Oktober 19, 2010

Belajar, Berlatih dan Buat

Minggu ini ana memang sibuk buat blog baru. Blog Fast Learning Associates http://motivasi5k-fastlearning.blogspot.com/. Ana nak asingkan antara blog cerita teladan dan motivasi dengan aktiviti pendidikan dan latihan. Cuma ana ni baru belajar buat blog. Jadi, jika tak berapa cantik dan menarik, ana minta maaflah. Yang penting pada ana ialah mesej yang hendak disampaikan itu telah berjaya disampaikan. Dan yang paling penting ialah para pengunjung akan mendapat maklumat yang betul, tepat dan cepat.

Memang dah lama ana nak buat blog dan laman web syarikat tetapi setiap kali ana minta orang lain buat, pasti hasilnya kurang menyenangkan hati ana. Jadi, terpaksalah ana belajar, berlatih dan buat sendiri. Mesej yang ana sampaikan dah tentu  ori daripada ana. Semoga kita akan mendapat manafaat bersama. Terima kasih.

Ahad, Oktober 17, 2010

Letih Fizikal Letih Mental

Maaf. hari ini ana memang bercadang nak tulis beberapa catatan. Tetapi disebabkan keletihan dan fikiran yang berserabut, idea tak keluar. Yelah...

Khamis, Oktober 14, 2010

Program Tadarus Mingguan

Malam tadi, sebelum kelas Tahsin Qiraat Al-Quran dimulakan, ana sempat memaklumkan kepada semua peserta bahawa program tadarus mingguan akan dimulakan..

Rabu, Oktober 13, 2010

Mahir Al-Quran Mahir IT

Pagi tadi, selepas hantar 5 orang anak ke sekolah, ana pun pergilah berjoging. Memang dah menjadi amalan ana, apabila berjoging, ana akan tinggalkan handphone dan duit dalam kereta. Berkaki ayam...

Isnin, Oktober 11, 2010

Penat

Assalamualaikum... salam motivasi. Apa khabar? Pada masa catatan ini dibuat, ana tengah penat ni...

Sabtu, Oktober 09, 2010

Tak Jadi Dibuang Sekolah

Petang Khamis yang lalu, setelah jemput anak dari sekolah, anak ketiga ana ajak ana beli barang keperluan untuk aktiviti perkhemahan di sekolah. Ana pun bacalah senarai yang nak dibeli tu.... banyaknya..

Basikal Baru

Hari-hari Ali minta basikal baru. Pening kepala ayah memikirkannya. Kalau nak beli satu, nanti berebut pula. Nak beli banyak, di luar kemampuan ayahnya. Suatu hari..

Khamis, Oktober 07, 2010

Curi Duit Ayah

Pak Salleh (bukan nama sebenar) marah lagi. "Mana perginya duit abang, Ton?" tanya Pak Salleh kepada isterinya Zaiton (bukan nama sebenar). "Manalah Ton tahu, abang letak kat mana? Cubalah ingat betul-betul!" jawab Zaiton. "Abang letak dalam poket baju ni lah. Malam tadi abang letak. Ni mesti ada yang ambil!" sambung Pak Salleh. Hari itu memang Pak Salleh hilang sabar, selalu sangat duitnya hilang..

Motivasi Kanak-Kanak

Pertama sekali ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Keemasan. Cadangan adik supaya diadakan cerita motivasi kanak-kanak amat dihargai. Ana telah merangka lebih daripada 20 tajuk akan disiarkan. Antaranya ialah Curi Duit Ayah, Basikal Baru, Kami Nak Senapang, Kena Rotan, Hisap Rokok, Nak Susu, Kereta 'Control', Jangan Tamak dan lain-lain.

Semua cerita adalah benar. Diharapkan dengan tersiarnya siri cerita teladan ini akan dapat memberi pengajaran kepada pengunjung kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Boleh ambil iktibar untuk anak dan cucu kita.

Isnin, Oktober 04, 2010

Air Yasiin

Tengahari Khamis yang lalu, ana terima call daripada anak sulung , "Abah, jadike abah datang petang ni ambil kakak?" tanyanya. Ana pun jawab, "Insya-Allah.. jam berapa? Ada nak pesan apa-apa ke?". Dia pun menjawab, "Abah datangla pukul enam, ambil kakak lepas tu kita pergi ke...