Petang semalam ana didatangi seorang warga emas. Lewat 60an. Ana kenal  dia sejak di kampung lagi. Lebih 15 tahun yang lalu. Memang ana  pelanggan tetapnya. Setiap hari Khamis, pasti ana akan beli pecal jawa  dan karipap pusing yang dijual di Pekan Sehari. Tapi sekarang ni mereka  cuti berniaga kerana nak buat kenduri kahwin anak. Tambahan pula  isterinya sering sakit-sakit. Dah merata klinik dia pergi tapi
tak juga  baik-baik. Isterinya sakit perut, kadang-kadang kembung dan mengeras. Berak-berak dan muntah air. Badannya lemah.  Mengikut cerita pak cik tu lagi, isterinya selalu disindir rakan-rakan  warga emas setiap kali selepas pengajian. Ada di kalangan mereka yang memalingkan muka dan tak mahu bersalaman dengannya.  Ini menambahkan lagi tekanan kepada isterinya. Apabla ditanya apa  puncanya, pakcik itu menjawab tak tahu. Tetapi isterinya memang pandai  memasak. kalau berniaga pecal, lontong dan kuih muih selalu habis dulu.  Pelanggan kata sedap. Kalau 'gejubus' tu pun isterinya lah yang jadi  ketua memasak. Bukan itu sahaja, isterinya juga pandai mengaji, marhaban  dan berzanji. Selalu juga diminta oleh tuan rumah untuk pimpin majlis.  Di dalam rumahnya juga ada gangguan lintasan bayangan lembaga manusia. Ana hanya mampu memberi penawar homeopati dan air rawatan pinggan putih. Nak baca rukyah ana tak berani.. Soalannya.... adakah  isteri pak cik itu telah terkena sihir?  Lembaga apakah yang sering  berada di dalam rumahnya? Apakah rawatan yang paling sesuai untuknya?
*spt yg disiarkan pd 27/1/2011 di Forum: rukyahsyariah.com
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan